Berita Harian

Tulisan khat Jawi tiada kaitan dengan agama: Mufti Perlis

-

Kangar: Masyarakat bukan Islam di Malaysia seolah-olah fobia atau trauma sekiranya seni khat Jawi yang akan diperkenal­kan dalam buku teks sekolah mempunyai hubung kait dengan agama Islam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebahagian masyarakat bukan Islam menganggap melalui pengajaran tulisan khat Jawi di sekolah, seolah mereka sedang terapkan dakwah agama Islam.

“Kita menyatakan bahawa tulisan khat Jawi tiada kaitan atau hubunganny­a dengan agama.

“Seperti songkok, masyarakat di India juga memakai songkok sedangkan Nabi Muhammad tidak memakainya, begitu juga dengan baju Melayu dan sampin yang hanya pakaian bangsa Melayu.

“Begitulah tulisan khat Jawi, ia adalah tulisan bangsa Melayu tetapi sebahagian mereka (bukan Islam) menganggap (tulisan khat jawi) itu satu tindakan untuk cuba mengislamk­an mereka,” katanya dalam ceramah mingguan Mohd Asri di Masjid Alwi, kelmarin.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau terkejut berlaku bantahan terhadap pengenalan tulisan khat Jawi sebagai antara kandungan subjek Bahasa Melayu bagi murid tahun empat, tahun depan.

Dr Mahathir berkata, keputusan memperkena­lkan tulisan khat itu dibuat pada 2012 dan topik itu terkandung dalam buku teks selain mengesyaki pihak tertentu termasuk pemimpin politik dan ‘surat khabar’ cuba menggunaka­n isu berkenaan untuk memburukka­n parti DAP.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata sebarang persepsi yang timbul dalam kalangan masyarakat terhadap tulisan khat Jawi adalah mengikut peranan dimainkan masyarakat Islam itu sendiri.

Begitulah tulisan khat Jawi, ia adalah tulisan bangsa Melayu tetapi sebahagian mereka (bukan Islam) menganggap (tulisan khat Jawi) itu satu tindakan untuk cuba mengislamk­an mereka.

Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia