Berita Harian

Muhyiddin nafi MB Johor mahu letak jawatan

-

Muar: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan Menteri Besar Johor akan meletakkan jawatan seperti digembar-gemburkan di media sosial.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Datuk Dr Sahruddin Jamal baru sahaja dilantik Menteri Besar dan sedang menjalanka­n tugas dengan baik.

“Tak ada (isu Menteri Besar meletak jawatan). Orang suka menyebarka­n berita palsu dan fitnah.

“Kenapa beliau (Dr Sahruddin) nak letak jawatan dan beliau juga baharu dilantik serta sedang men- jalankan tugasnya dengan baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Qurban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya di sini, semalam.

Sementara itu ketika ditanya mengenai isu kesesakan yang sering berlaku di Tambak Johor, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, satu mesyuarat khas yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan pada bulan ini bagi membincang­kan perkara itu.

“Kalau tidak silap saya, mesyuarat khas diadakan pada 22 Ogos ini yang mana kementeria­n saya (Kementeria­n Dalam Negeri) diberikan tugas menyediaka­n kertas (laporan) yang lengkap mengenai kesesakan itu.

“(Laporan itu mengambil kira) baik dari sudut jangka pendek sekarang, jangka sederhana dan jangka panjang, apa yang berlaku, kenapa berlaku dan apa langkah yang diambil,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mempersoal­kan motif bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru mendedahka­n pernah menerima ancaman peluru daripada penembak tepat di pejabatnya di UMNO Bahagian Pekan dikatakan berlaku pada 2017.

“Saya ada baca kenyataan yang beliau keluarkan mengenai peristiwa dikatakan berlaku pada November 2017. Apa yang saya ingat, ketika itu beliau masih Perdana Menteri dan kalau ada peristiwa ditembak oleh sniper (penembak tepat) atau sesiapa pun.

“Persoalan berbangkit ialah kenapa (kes) timbul sekarang. Kedua, apa beliau buat dan lebih penting apa Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri beliau buat?” katanya.

Pada program Wacana Ilmu Hard Truth: Cash is King di Menara Datuk Onn, Najib mendedahka­n pernah menerima ancaman peluru yang dihantar ke pejabatnya di UMNO Bahagian Pekan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, penembak yang tidak dikenali dan masih bebas itu menggunaka­n senjata jenis sniper dan menyasarka­n pada sudut cermin pada jarak 200 meter. Bagaimanap­un beliau tidak berada di lokasi kejadian ketika itu.

Muhyiddin berkata, pihaknya tidak akan memandang ringan perkara itu kerana ia adalah sesuatu isu yang sangat serius.

 ?? [Foto Adi Safri /BH] ?? Muhyiddin bersama wakil jabatan dan agensi yang menerima sumbangan lembu korban pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya, semalam.
[Foto Adi Safri /BH] Muhyiddin bersama wakil jabatan dan agensi yang menerima sumbangan lembu korban pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia