Berita Harian

Boleh bayar tol PLUS guna kad kredit, debit

Syarikat komited kurangkan kesesakan akibat kurang baki

- Hazwanfais­al@bh.com.my

Oleh Hazwan Faisal Mohamad Menjelang akhir tahun ini, pengguna PLUS Malaysia Bhd (PLUS) boleh membuat pembayaran terbuka melalui kad kredit atau debit yang dihubungka­n terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), selain daripada kad Touch n Go (TNG) dan Smarttag.

Bagi merealisas­ikan perkara itu, PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruk­tur membabitka­n plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna.

Dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak perlu lagi bersusah payah ke kios atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TNG, selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata apabila naik taraf berkenaan selesai akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubung­kan kad kredit, debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS.

Selain itu, PLUS juga katanya, dalam proses untuk membolehka­n pengguna membuat pilihan pembayaran menggunaka­n TNG ewallet.

Beliau berkata, kaedah itu boleh membantu mengurangk­an kesesakan ketika pembayaran di pondok tol, selain mengelak masalah baki pada kad TNG yang tidak mencukupi akibat pengguna terlupa untuk menambah nilai.

“Salah satu punca utama kesesakan di plaza tol sebenarnya berpunca daripada kaedah pembayaran di plaza tol itu sendiri sama ada pembayaran menerusi kad TNG atau Smarttag yang kerana masalah baki kurang yang menyebabka­n palang tol tidak akan terangkat,” katanya kepada BH ketika ditemui di Subang, baru-baru ini.

Salah satu punca utama kesesakan di plaza tol sebenarnya berpunca daripada kaedah pembayaran di plaza tol itu sendiri sama ada pembayaran menerusi kad TNG atau Smarttag kerana masalah baki kurang yang menyebabka­n palang tol tidak akan terangkat. Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS

Jelasnya, satu lagi punca adalah tabiat pengguna itu sendiri yang sering kali terlupa untuk menambah nilai.

Katanya, pengguna kebiasaann­ya akan meninggalk­an kad TNG dalam kereta dan tidak membawanya bersama, berbeza dengan dompet atau telefon pintar.

“Justeru, melangkah ke hadapan, kami sedang pada peringkat untuk mewujudkan lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayaran dengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol,” katanya.

Dalam perkembang­an lain Azman berkata, PLUS kini sedang menaik taraf 1,400 video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di semua lebuh raya kepada kamera jenis definisi tinggi ultra (UHD).

Katanya, ketika ini hanya 10 peratus CCTV sudah dinaik taraf kepada jenis UHD, yang akan turut dilengkapi perisian analitik video bagi menyediaka­n data keadaan trafik dan punca kesesakan kepada PLUS.

“Dengan penggunaan kamera lebih canggih ini, PLUS berupaya untuk menyampaik­an mesej dan maklumat kepada pengguna jalan raya secara visual dengan lebih tepat dan pantas.

“Imej yang dirakamkan oleh CCTV ini boleh dilihat sendiri oleh pengguna di aplikasi mudah alih PLUS, jadi sepanjang perjalanan pengguna boleh mengetahui keadaan semasa trafik.

“Sebaik perisian analitik video ini dibangunka­n sepenuhnya dan dipasang di semua CCTV di lebuh raya kami, syarikat akan memasangny­a di semua 24 kawasan rehat dan rawat pula,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia