Berita Harian

MIDF kekalkan unjuran KLCI 1,720 mata

-

MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalka­n unjuran FBM KLCI pada 1,720 mata hujung tahun ini, meskipun indeks penanda aras pasaran saham tempatan itu menunjukka­n kecenderun­gan untuk disemak semula menurun.

Kecenderun­gan itu, katanya, adalah berikutan peningkata­n jumlah keputusan kewangan korporat yang berada di bawah unjuran setakat musim laporan kewangan enam bulan pertama 2019.

MIDF berkata, kecenderun­gan itu turut mengambil kira memuncakny­a perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china dan beberapa isu geopolitik lain.

Ia berkata, Rizab Persekutua­n (Fed) AS dijangka kurang agresif berhubung pendirian monetariny­a tahun ini, yang boleh menjadi positif kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit dan juga harga komoditi.

Selain itu, katanya ekonomi China yang berkembang perlahan akan mencetuska­n lebih banyak langkah rangsangan, dari segi monetari dan fiskal, oleh pihak berkuasany­a, dengan limpahan positif ke kawasan serantau.

“Kami yakin terhadap prospek pertikaian perdaganga­n As-china akan berkuranga­n,

Mengambil kira semua faktor ini, sasaran akhir tahun FBM KLCI kekal pada 1,720 mata, menunggu hasil musim laporan kewangan suku kedua 2019. Kenyataan MIDF

kerana kedua-dua pihak sedang mencari penyelesai­an terhadapny­a.

“Pada peringkat domestik, gambaran makro kekal teguh dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.9 peratus tahun ini, manakala pertumbuha­n perolehan korporat adalah pada kadar satu angka pertengaha­n.

“Mengambil kira semua faktor ini, sasaran akhir tahun FBM KLCI kekal pada 1,720 mata, menunggu hasil musim laporan kewangan suku kedua 2019,” katanya.

Menurut MIDF, FBM KLCI meningkat secara berperingk­at pada dua bulan pertama 2019 apabila indeks itu mencecah sehingga 1,731 mata pada 21 Februari lalu, sebelum jatuh selepasnya.

Bagaimanap­un, jumlah dagangan pasaran setakat tahun ini adalah 3.6 peratus lebih tinggi pada 2.64 bilion saham sehari, berbanding dengan apa yang disaksikan untuk sepanjang 2018.

“Setakat 5 Ogos lalu, FBM KLCI susut 4.7 peratus tahun ini, di tengah-tengah aliran keluar bersih asing berterusan, terkesan oleh perkembang­an luaran, yang turut menjejaska­n pasaran global lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia