Berita Harian

Kadar penganggur­an suku kedua kekal 3.3 peratus

-

Kadar penganggur­an kekal pada 3.3 peratus pada suku kedua tahun ini, sama seperti suku pertama, kata Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, tenaga buruh Malaysia pula meningkat 2.1 peratus berbanding suku kedua tahun lalu kepada 15.60 juta orang, manakala penduduk bekerja turut meningkat 2.1 peratus dalam tempoh sama kepada 15.08 juta orang.

“Perbanding­an suku tahun ke suku tahun pula menunjukka­n tenaga buruh dan penduduk bekerja meningkat 0.5 peratus berbanding suku tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan sempena penerbitan Laporan Kaji Selidik Tenaga Buruh bagi suku kedua tahun ini oleh Jabatan Perangkaan.

Mohd Uzir berkata, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada suku tahun ini naik 0.1 mata peratus berbanding suku pertama 2018 kepada 68.8 peratus.

“Pada suku kedua tahun ini, KPTB perempuan mencatatka­n kenaikan 0.1 mata peratus kepada 55.8 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

“KPTB perempuan dalam pasaran buruh bagi kumpulan umur perdana iaitu 25-34 tahun (73 peratus), 35-44 tahun (67.6 peratus) dan 45-54 tahun (62 peratus) adalah lebih tinggi berbanding KPTB perempuan pada peringkat nasional.

“KPTB lelaki turun 0.1 mata peratus kepada 80.8 peratus pada suku kedua 2019 berbanding suku tahun sebelumnya.

“Kumpulan umur yang mencatatka­n KPTB melebihi 90 peratus ialah 25-34 tahun (96.2 peratus), 35-44 tahun (97.5 peratus) dan 45-54 tahun (94.3 peratus),” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohd Uzir berkata, Jabatan Perangkaan turut melaporkan pada suku kedua tahun ini, komposisi penduduk bekerja yang berpendidi­kan menengah meningkat 1.6 mata peratus kepada 56.4 peratus berbanding 54.8 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Kadar penyertaan tenaga buruh suku tahun ini naik 0.1 mata peratus berbanding suku pertama 2018 kepada 68.8 peratus.

Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawa­n Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia