Berita Harian

Pensijilan MATEX standard asas industri pelanconga­n

-

Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) menerusi inisiatif Tourism Productivi­ty Nexus (TPN) melancarka­n Malaysia Tourism Excellence (MATEX) sebagai program pensijilan industri pelanconga­n pertama yang menyediaka­n standard asas untuk syarikat perkhidmat­an pelanconga­n tempatan.

Pada permulaan, pensijilan itu menyediaka­n keperluan standard bagi syarikat pelanconga­n mikro; kecil dan sederhana dalam kategori ejen pelanconga­n; aktiviti pelanconga­n ekstrem; syarikat pengurus majlis; pemilik atau pengendali tempat penganjura­n majlis; dan pengeluar atau pemilik produk berkaitan pelanconga­n.

Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis, berkata MATEX dibangunka­n sebagai standard asas untuk semua peserta industri pelanconga­n mencapai kriteria, khusus membina imej positif kepada pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Katanya, peserta industri yang berjaya dalam audit pensijilan itu akan dibenarkan membawa logo MATEX selama dua tahun dan pihaknya boleh membatalka­n pensijilan mereka jika mendapati peserta tidak mematuhi semua keperluan yang ditetapkan.

“Dengan cara ini, pelancong datang Malaysia akan yakin dengan syarikat tempatan yang memiliki sijil MATEX sebagai penyedia perkhidmat­an pelanconga­n dipercayai, memiliki kualiti dan menepati tahap keselamata­n ditetapkan khususnya untuk aktiviti sukan ekstrim.

“Program pensijilan ini dibangunka­n peserta industri yang besar bagi membantu syarikat industri kecil kerana mereka memahami pentingnya menjaga ‘nama baik’ industri pelanconga­n Malaysia untuk manfaat bersama.

“Pensijilan MATEX diumpamaka­n sebagai standard ‘perak’, kelak apabila syarikat pemegang sijil ini berkembang ia memudahkan mereka mendapatka­n pensijilan lebih tinggi dalam kategori standard ‘emas’ seperti MYTQA atau ISO,” katanya kepada media selepas pelancaran MATEX di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk permulaan, TPN sudah menerima 100 syarikat yang berminat untuk mendapatka­n pensijilan itu sejak pendaftara­n permohonan projek perintis MATEX dibuka bermula 15 Julai lalu.

Pembanguna­n MATEX dilaksanak­an kumpulan kerja teknikal dengan setiap kategori memiliki antara 100 hingga 150 kriteria standard yang wajib dipatuhi syarikat penyedia perkhidmat­an pelanconga­n sebelum dibenarkan membawa logo sijil itu.

Jawatankua­sa pensijilan terdiri daripada wakil peserta industri dan pegawai kerajaan yang mana ia dipengerus­ikan oleh Setiausaha Agung Majlis Pelanconga­n Malaysia (MTC), Datuk Noor Zaleha Baharuddin.

Maklumat lanjut dan permohonan boleh melayari laman web MATEX di www.wayup.my.

 ??  ?? Uzaidi Udanis
Uzaidi Udanis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia