Berita Harian

Derma organ bantu selamat nyawa

-

Oleh Halina Mohd Noor Kehilangan adik bongsu, Mohd Fadhli Fahimi Zainal, yang berlaku secara tragik, 19 tahun lalu sukar dikikis dalam ingatan Nik Safira yang bertugas sebagai Optometris Hospital Kuala Lumpur.

Nik Safira, 47, kakak kepada Mohd Fadhli, berkata adiknya yang ketika itu berusia 12 tahun dipercayai terjatuh daripada kereta api yang dinaiki bersama keluarga ketika dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Kajang, Selangor,

“Kami tidak sedar kejadian menimpa adik saya sehinggala­h kami mendapati dia tiada apabila tiba di stesen Kajang.

“Awalnya kami sangka dia di dalam tandas tetapi selepas puas mencarinya, akhirnya kami dimaklumka­n oleh pemandu komuter yang dalam perjalanan ke Seremban mendapati ada budak terbaring di sebelah landasan kereta api,” katanya kepada BH.

Nik Safira berkata, pada awalnya mereka sekeluarga sukar menerima hakikat pemergian adiknya secara mengejut.

Namun, yang membanggak­an kematian adiknya tidak sia-sia apabila buah pinggangny­a didermakan kepada dua insan lain yang memerlukan organ untuk terus hidup.

Katanya, keputusan untuk mendermaka­n buah pinggang arwah adiknya ditetapkan oleh bapa mereka, Zainal Abu Bakar.

“Keputusan ayah mulanya mendapat tentangan ahli keluarga lain kerana mereka berpandang­an pengambila­n organ itu hanya menyeksa jenazah adik.

“Bagaimanap­un, ayah tetap dengan hasrat mendermaka­n organ adik yang disifatkan sebagai amal jariah terakhirny­a kepada insan lain,” katanya.

“Walaupun tidak pernah mengenali siapa penerima organ arwah tetapi mereka sekeluarga amat berbangga.

“Pengorbana­n ini mampu menyelamat­kan pesakit buah pinggang lain untuk meneruskan kehidupan,” jelasnya yang bercerita mengenai pengorbana­n keluarga mereka menderma organ untuk insan memerlukan.

Sementara itu, pesakit jantung, Mazlan Hassan, 58, pula menerima jantung daripada seorang pemuda yang tidak pernah dikenali, 18 tahun lalu disifatkan sebagai anugerah tidak ternilai sepanjang hayatnya.

“Pemberian jantung daripada pemuda itu adalah ‘nyawa’ baharu bagi saya yang ketika itu sedang nazak menunggu maut di Institut Jantung Negara (IJN) akibat menderita penyakit jantung bengkak.

“Saya amat bersyukur dengan pendermaan jantung ini, saya dapat meneruskan kehidupan dan melihat anak yang ketika itu masih kecil kini sudah dewasa,” katanya pesara bekerja di sebuah syarikat swasta ini.

Katanya, jantung yang berdegup dalam tubuhnya itu dipercayai milik seorang pemuda berusia 21 tahun dari utara tanah air yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Mazlan sentiasa mendoakan penderma dan keluargany­a yang berhati mulia kerana mengizinka­n jantung anak mereka didermakan kepada insan memerlukan sepertinya.

“Sebelum ini, beberapa bulan selepas disahkan

Nik Safira bersama arwah adiknya,

mengalami masalah jantung bengkak, ada penderma jantung lain tetapi tidak jadi dijalankan kerana keluargany­a tidak membenarka­n.

“Ketika itu saya rasa terlalu kecewa dan hanya menunggu mati kerana hilang keyakinan ada penderma jantung lain,” katanya.

Justeru, beliau berharap ahli keluarga tidak menghalang pendermaan organ kerana usaha sedemikian memberikan ‘hidup’ baharu kepada pesakit kegagalan organ sepertinya.

Masih ramai pesakit terutama buah pinggang dan jantung sedang menanti pendermaan organ berkenaan demi meneruskan kehidupan. Mazlan Hassan, Pesara

 ??  ??
 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? ayahnya. Mohd Fadhli Fahimi, ibu dan
(Foto Faiz Anuar/bh) ayahnya. Mohd Fadhli Fahimi, ibu dan
 ??  ?? Mazlan bersyukur dapat meneruskan kehidupan disamping isteri, Fazidah Hanim Mohd Daud.
Mazlan bersyukur dapat meneruskan kehidupan disamping isteri, Fazidah Hanim Mohd Daud.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia