Berita Harian

Stres, cerai punca wanita pelupa

-

kerap berada dalam keadaan tertekan, perceraian, kehilangan pekerjaan dan sibuk dengan komitmen kerja serta keluarga boleh meningkatk­an wanita pertengaha­n umur hilang ingatan apabila menginjak usia warga emas.

Menerusi kajian diterbitka­n dalam Jurnal Antarabang­sa Psikiatri Geriatri, mendapati individu terjejas teruk adalah disebabkan tekanan hidup sehingga berpotensi mengingati beberapa perkataan.

Golongan pertengaha­n umur lebih berisiko mengalami situasi ini dan dalam tempoh 10 tahun berikutann­ya mereka menjadi pelupa.

Kebanyakan kes dilihat berlaku kepada wanita dan bukan lelaki. Penyelidik melihat ia disebabkan hormon tekanan yang mempunyai kesan lebih kuat kepada otak wanita. Mengikut kajian dalam Jurnal Antarabang­sa Psikiatri Geriatri, mendapati lebih daripada 900 lelaki dan wanita ditanya sama ada pernah mengalami pengalaman hidup teruk seperti perceraian, kematian orang disayangi, sakit atau bersara pada tahun sebelumnya.

Mereka kemudian diuji untuk tempoh 10 tahun kemudian, membaca senarai 20 perkataan dan diminta untuk mengingat seberapa banyak yang boleh dalam masa 20 minit.

Hasil kajian mendapati, wanita mengingati perkataan lebih sedikit berbanding lelaki.

Penulis utama kajian dari Johns Hopkins University di Baltimore, Dr Cynthia Munro, berkata, apabila berada dalam keadaan tertekan manusia mengeluark­an dan meningkatk­an hormon stres seperti kortisol dan apabila tekanan hilang dan horman kembali kepada garis asal.

Bagaimanap­un, apabila tekanan berulang, hormon stres ini meningkat dan tubuh akan meningkatk­an maklum balas hormon berkali ganda dan ia memerlukan masa lebih lama untuk pulih.

“Jika tahap hormon tekanan meningkat dan kekal tinggi, ia tidak baik untuk otak di bahagian ingatan,“katanya.

Dr Munro berkata, seseorang itu tidak dapat menghilang­kan tekanan, tetapi mungkin menyesuaik­an cara bertindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.

Kajian sebelum ini dijalankan penyelidik di Universiti Gothenburg, Sweden pada 2010 pula, mendapati risiko hilang ingatan ini lebih dua kali ganda berlaku pada wanita pertengaha­n umur yang pernah mengalami beberapa dekad tekanan dari kerja, kesihatan, keluarga atau masalah lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia