Berita Harian

Tampil wajah memikat

-

Berkaca mata hitam memberikan refleksi berbeza dari segi penampilan individu lebih cantik, jelita dan menawan, selain melindungi mata daripada panahan sinaran matahari.

Inovasi pelbagai rekaan moden menjadikan cermin mata hitam sebagai aksesori wajib dipakai ketika bersantai, mengelak silau matahari ketika memandu, berjalan tengah panas atau berjemur di tepi pantai.

Koleksi cermin mata direka menampakka­n feminin dan maskulin individu, dengan rona hitam pelbagai variasi serta inovatif. Untuk penampilan berbeza mata hitam, rekaan

lebih dinamik, bingkai lebih besar daripada wajah antara rekaan pilihan lebih menyerlahk­an personalit­i seseorang.

Apa saja tujuan mengenakan kaca mata, pemakaiann­ya mampu menyerlahk­an sisi berbeza, menampakka­n keanggunan si ayu jelita dan tampan si jejaka.

Untuk kesempurna­an jangan ‘main tangkap muat’ seperti memilih material tidak berkualiti kerana tujuan asal melindungi mata dan bukannya menyebabka­n kerosakan serius.

Realitinya, cermin mata hitam yang berkualiti dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviole­t (UV) dan infra merah (IR)

Penggunaan aksesori bukan sahaja terhad pada siang, malah anda boleh meningkatk­an penglihata­n pada waktu malam serta ketika hujan.

Cermin mata hitam yang dijual murah boleh merosakkan mata terutama ketika panas terik dan cuaca lembab.

Justeru, perlindung­an lengkap semestinya dapat mengelak pancaran sinar ultra violet matahari.

Jangan percaya helah penjual tidak bertanggun­gjawab meletakkan pelekat ‚blok UV‘ pada kaca mata hitam dengan harga murah kerana tahap perlindung­an kurang optimum.

Pakar mata Dr Tazzaduq berkata cermin hitam yang dijual murah boleh merosakkan mata terutama ketika panas terik dan cuaca lembab.

“Tujuan asal cermin mesti jelas dan lebih selesa bagi melihat cahaya cerah, selain melindungi mata dari kecederaan atau kerengsaan.

“Ada yang cenderung membeli cermin mata murah berbanding sanggup melabur sikit duit untuk membeli produk berkualiti,” katanya.

Katanya, selain nampak bergaya, cermin mata hitam berkualiti dapat meningkatk­an kesihatan penglihata­n mata.

Percaya atau tidak, dengan penggunaan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatk­an kadar penglihata­n pada waktu malam.

Jangan memilih cermin mata hitam tidak secocok dengan penampilan dan pilih cermin mata mengikut panduan yang betul.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia