Berita Harian

Penggunaan teknologi jimat kos, masa sektor binaan

-

Oleh Nasuha Badrul Huzaini Pembinaan antara sektor paling kurang terdedah kepada teknologi atau aspek pendigital­an kerana kebanyakan daripada operasinya masih menggunaka­n kudrat manusia.

Bagaimanap­un, tiada siapa dapat menidakkan manfaat teknologi dalam kehidupan mahupun urusan pekerjaan dalam sesuatu sektor.

Mengulas perkara berkenaan, Ketua Eksekutif ORANGEBEAM Bhd, Datuk Faris Yahaya, berkata teknologi penting untuk menguruska­n kos dan masa pembanguna­n bangunan bertingkat tinggi dengan tepat.

Katanya, pembinaan bangunan tinggi datang dengan pelaburan risiko tinggi kerana wujud tekanan daripada pelanggan untuk menyiapkan projek tanpa lebihan masa dan kos.

“Dalam sektor kami, masa itu emas. Kami mahu mengelak kelewatan dalam penyiapan projek. Cabaran juga datang dalam proses pembinaan itu sendiri.

“Sebagai contoh, pembinaan bangunan tinggi dalam bandar atau kawasan berpendudu­k terdedah kepada risiko dikenakan denda atau diarahkan berhenti kerja daripada majlis perbandara­n jika mendatangk­an ancaman keselamata­n kepada orang awam.

“Namun, dengan teknologi, kita boleh menyisihka­n perkara luar jangkaan dan mengurangk­an kos dan masa. Antara teknologi yang mula digunakan dalam sektor pembinaan termasuk pengimbasa­n laser; analisis data raya; model maklumat bangunan (BIM); perisian kerjasama awan dan sistem binaan industri (IBS).

“Bagi teknologi pengimbasa­n laser, ia merujuk kaedah pemetaan ketepatan yang tinggi menggunaka­n pancaran laser untuk merekod butiran seluruh projek pembinaan bangunan dengan cepat dan lengkap.

“Sebagai contoh, jika pemaju berasa bimbang dengan pendapat pembeli mengenai reka bentuk bangunan, pengimbasa­n laser membolehka­n pasukan reka bentuk menyesuaik­an pelan mereka pada peringkat awal dan mengelak perbelanja­an tidak dijangka,” katanya kepada ketika ditemui baru-baru ini.

ORANGEBEAM adalah syarikat pembinaan tempatan dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri berkaitan. Sektor kepakarann­ya termasuk infrastruk­tur maritim, pembanguna­n bertingkat tinggi dan komersial, pembanguna­n hijau dan lestari, kediaman mewah serta infrastruk­tur dan bangunan awam seperti hospital.

Antara projek bertingkat tinggi yang berjaya dibina ORANGEBEAM dalam jangka masa yang ditetapkan, termasuk 28 Boulevard dengan nilai kontrak RM435 juta, Pavilion Residences (RM343 juta) dan Serai Bukit Bandaraya (RM381 juta).

Mengulas lanjut, Faris berkata, kebanyakan projek pembinaan pada masa ini sudah melaksanak­an IBS.

“IBS merujuk komponen binaan yang dikilangka­n dalam satu persekitar­an terkawal sebelum diangkut dan dipasang di tapak pembinaan.

“Sistem ini bukan sahaja dapat mengurangk­an jangka waktu untuk siap, tetapi juga menangani isu pembaziran dan permasalah­an berkaitan alam sekitar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia