Berita Harian

Laman Lakeside catat 72 peratus kadar pengambila­n

-

LAMAN Lakeside, projek pembanguna­n mewah baharu oleh pemaju terkemuka, Sime Darby Property mencatatka­n kadar pengambila­n kukuh dengan 72 peratus direkodkan sempena Kempen Spotlight 8, yang dilancar baru-baru ini.

Laman Lakeside, pembanguna­n berkepadat­an rendah dengan 24 unit rumah semi-d, adalah sebahagian daripada kempen Spotlight 8 Sime Darby Property dan produk kediaman kedua dilancar selepas Kyra yang dilancarka­n pada 13 Julai. Menerusi kempen berkenaan, projek rumah teres dua tingkat itu mencatatka­n kadar pengambila­n sehingga 86 peratus.

Spotlight 8 menawarkan peluang kepada pelanggan untuk membeli pelbagai hartanah Sime Darby Property melalui Weekend Superdeals dan pelancaran baharu di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

Spotlight 8 berlangsun­g dari 13 Julai hingga 29 September 2019 ini, dengan Superdeals dan pelancaran baharu diadakan setiap hujung minggu sepanjang tempoh kempen.

Kempen itu menawarkan empat hartanah pegangan bebas, termasuk tiga rumah bertanah dan satu projek strata di lokasi strategik di Lembah Klang sementara bagi tawaran Superdeal, pakej istimewa ditawarkan bagi hartanah terpilih di perbandara­n Sime Darby.

Selepas itu, Kempen Spotlight 8 berlangsun­g pada 3 dan 4 Ogos di KL East, Kuala Lumpur yang menawarkan residensi unit pegangan bebas di The Ridge, The VÈO dan Serini Melawati dengan rebat tambahan bermula RM91,000.

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Sime Darby Property, Ir Mohd Idris Abdullah, berkata pelancaran hartanah dengan harga bermula RM1.5 juta adalah satu langkah yang berani, terutama untuk Bandar Bukit Raja yang dikenali sebagai lokasi bagi produk harga patut.

“Kami terima maklum balas bahawa permintaan wujud untuk rumah mewah di bandar ini. Kami sedar ini kerana pengalaman hidup yang luar biasa ditawarkan oleh Bandar Bukit Raja dan sambungann­ya ke lokasi utama di sekitar Lembah Klang.

“Penambahan Laman Lakeside adalah untuk mempelbaga­ikan penawaran kami di Bandar Bukit Raja, memenuhi pelbagai permintaan pasaran hartanah,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Direka untuk keselesaan dan fleksibili­ti, kediaman ini dilengkapi dengan sistem penggera, terletak di lokasi privasi pintu masuk dan keluar tunggal serta dikeliling­i komuniti yang selamat.

Menitik beratkan ciri-ciri rumah berkualiti, Laman Lakeside yang terletak di sebelah tasik, menggabung­kan prinsip reka bentuk rumah BBR yang mewujudkan rumah boleh didiami dengan pengudaraa­n dan pencahayaa­n semula jadi, selaras dengan alam dan konsep hidup pelbagai generasi.

Bandar Bukit Raja dihubungka­n melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutua­n dan Lebuhraya Shapadu.

Laman Lakeside, Bandar Bukit Raja.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia