Berita Harian

Huawei lancar sistem operasi Hongmeng

Persediaan hadapi ancaman kehilangan akses sistem Android

-

Beijing: Gergasi telekomuni­kasi China, Huawei memperkena­lkan sistem operasi (OS) miliknya sendiri sebagai persediaan berdepan ancaman kehilangan akses sistem Android susulan ketegangan perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Ketua Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, berkata sistem baharu yang dikenali sebagai Harmonyos atau Hongmeng dalam bahasa Cina itu mampu membawakan ‘keharmonia­n dan kemudahan kepada dunia’.

Katanya, perisian yang ditunggu-tunggu itu penting untuk menjamin kelangsung­an gergasi teknologi berkenaan selepas berdepan dengan tindakan pengharama­n Rumah Putih untuk syarikat AS menjual produk teknologi kepada Huawei, sekali gus memutuskan akses syarikat itu untuk menggunaka­n sistem operasi Android milik Google.

Yu berkata, sistem baharu itu berorienta­sikan ‘OS pada masa depan’ untuk menjalanka­n operasi ‘lebih lancar dan selamat’.

“Ia sangat berbeza dengan Android dan IOS,” katanya dalam satu sidang media di Dongguan, China.

Huawei berkata, versi pertama sistem operasi itu akan dilancarka­n lewat tahun ini yang dimuatkan dalam produk skrin pintarnya.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, ia akan dibangunka­n dalam semua kategori peranti pintar miliknya, termasuk

Versi pertama sistem operasi Hongmeng akan dilancarka­n lewat tahun ini yang akan dimuatkan dalam produk skrin pintar.

peranti teknologi boleh dipakai.

Pada Mei lalu, syarikat itu menjadi mangsa perang dagangan Beijing dengan Washington, yang menyaksika­n pelaksanaa­n tarif mencecah berbilion dolar untuk dagangan dua hala.

Huawei yang kini dikenali sebagai peneraju perkakasan rangkaian telekomuni­kasi generasi kelima atau 5G, berdepan impak disenarai hitam oleh Presiden AS, Donald Trump.

Ia susulan dakwaan Trump yang mencurigai gergasi teknologi itu menyediaka­n ‘pintu belakang’ dalam sistemnya kepada China bagi melakukan pengintipa­n, meskipun firma itu sudah menafikan dakwaan terbabit.

Beijing kemudian membidas tindakan AS mengharamk­an Huawei dan syarikat China lain mendapatka­n kontrak kerajaan itu dengan menempelak mengamalka­n pembulian ‘salah guna kuasa ke atas mereka. AFP

Richard Yu, Ketua Perniagaan Pengguna Huawei

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia