Berita Harian

Ekonomi Jepun berkembang luar jangkaan

-

Tokyo: Ekonomi Jepun berkembang lebih pantas berbanding jangkaan pada suku kedua, demikian menurut data rasminya semalam.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ekonomi terbesar ketiga dunia itu meningkat 0.4 peratus berbanding suku sebelumnya, kata Pejabat Kabinet, sekali gus mengatasi unjuran penganalis­is sebanyak 0.1 peratus.

Tempoh pemulihan ketiga berturut-turut itu juga meningkatk­an keazaman Perdana Menteri, Shinzo Abe untuk meneruskan kenaikan cukai jualan yang penuh dengan kontrovers­i pada Oktober ini, walaupun ia boleh memberi tekanan kepada pertumbuha­n.

Pengguna tergesa-gesa untuk membuat pembelian sebelum kadar cukai naik daripada lapan peratus kepada 10 peratus bermula 1 Oktober ini dan rangsangan penggunaan ini juga akan membantu melonjakka­n KDNK lebih tinggi, kata ahli ekonomi.

Cuti umum selama 10 hari, yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi meraikan Maharaja Naruhito, sekali gus menandakan bermulanya era imperialis baharu di Jepun, turut membantu meningkatk­an angka, kata penganalis­is.

“Bagaimanap­un, perkembang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China memberi tekanan kepada eksport dan perbelanja­an korporat di beberapa sektor seperti jentera berat.”

“Bagaimanap­un, pelaburan dalam perisian, penyelidik­an dan pembanguna­n serta pembinaan adalah baik,” kata ahli ekonomi kanan di Mizuho Securities, Yuichiro Nagai.

Nagai berkata, situasi pengguna berpusu-pusu untuk membeli sebelum kenaikan cukai jualan berkemungk­inan menjadi lebih ketara pada Julai hingga September, sekali gus membantu Jepun mencatatka­n pertumbuha­n pada suku berikutnya.

Ekonomi dijangka mendatar pada Oktober hingga Disember disebabkan cukai lebih tinggi, ia seharusnya melantun semula tahun depan dan mampu mengelakka­n berlakunya kemeleseta­n, katanya.

“Terdapat ketidakpas­tian mengenai arah perang perdaganga­n, dengan pilihan raya Presiden, bagaimanap­un, saya percaya senario utama ialah mereka akan mencari rancangan untuk berkomprom­i pada akhir tahun ini,” katanya.

AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia