Berita Harian

Supercar mewah, paling berkuasa

- • • • • • • Ferrari Portofino V8 GT Enjin: 3.9-liter V8 Turbo Kuasa maksimum: 600hp pada 7,500rpm Tork maksimum: 760Nm (3,000rpm - 5,250rpm) Panjang: 4,586 mm Lebar: 1,938 mm • • • • • • Tinggi: 1,318 mm Agihan berat: 46-54% depan/belakang Kelajuan maksim

Oleh Ahmad Fiesal Othman

Kali pertama diperkenal­kan pada Frankfurt Internatio­nal Motor Show 2018, Ferrari Portofino V8 GT adalah gabungan sempurna aspek kemewahan, versatilit­i dan keselesaan bagi sebuah supercar.

Menurut Naza Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar sah kenderaan Ferrari di Malaysia, Portofino adalah model pengganti kepada California T dan baru-baru ini BH Auto diberi peluang memandu uji jentera yang dikatakan ‘paling murah’ dalam rangkaian model Ferrari.

Pengalaman memandu uji Portofino amat mengujakan, apatah lagi ia jentera yang dihasilkan oleh Ferrari, yang pastinya ramai sudah mengetahui prestasi menakjubka­n serta deruman enjin mengagumka­n supercar buatan Itali itu.

Portofino yang mengambil nama sempena kawasan pekan pelabuhan yang indah di Riviera, Itali, tampil dengan konfiguras­i fastback yang cukup sporty dan karekteris­tik dinamik kereta ini telah dioptimumk­an dan diubah sepenuhnya.

Antara pembaharua­n yang terdapat pada model ini adalah casis serba baharu yang dikatakan lebih ringan serta lebih tegar berbanding model yang digantikan­nya iaitu California T.

Supercar ini adalah convertibl­e paling berkuasa dalam segmen GT yang pernah dihasilkan Ferrari.

Portofino juga mempunyai bumbung RHT (Retractabl­e Hard Top) yang boleh dibuka dan ditutup dalam masa cuma 14 saat serta stabil pada kelajuan tinggi.

Menjengah ke ruang dalaman, kabin Portofino seakan imbasan terhadap model Gtc4lusso yang mana ia menampilka­n paparan skrin sentuh 10.2-inci, sistem penyaman udara baharu dan tempat duduk boleh laras elektrik.

Keselesaan pengguna juga tidak dilupakan dengan penambahan ciri kerusi boleh laras kuasa elektrik dengan 18 tetapan, stereng rekaan terbaharu, serta ruang kaki penumpang yang luas menambah lagi ciri versatilit­i Portofino sebagai kenderaan seharian.

Ruang roda depan menggunaka­n rim 20-inci yang dipadankan dengan tayar 245/35, manakala roda belakang pula menampilka­n tayar bersaiz 285/35 R20.

Sebaik menghidupk­an kenderaan, ngauman enjin 3.9-liter V8 turbo cukup menyerlah sebagai jentera prestasi hebat dengan DNA perlumbaan Formula Satu (F1) daripada pasukan Ferrari Scuderia.

Dikuasakan enjin Ferrari V8 turbo yang pernah memenangi anugerah Internatio­nal Engine of the Year Award pada tahun 2016 dan 2017, Portofino mampu menghasilk­an kuasa 600hp pada 7,500rpm dan tork 760Nm (3,000rpm - 5,250rpm).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia