Berita Harian

Tempahan Lexus ES 250 dibuka

- • • • CBU dari Jepun Enjin 2.5 liter Dynamic Force empat silinder suntikan terus petrol • Tork 158 Nm @ 3,500 rpm 204 hp @ 6,500 rpm dan tork puncak 243 Nm @ 4,000-5,000 rpm • LSS+, LTA, LDA, PCS, DRCC dan AHS

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Selepas mencipta nama lebih 30 tahun dengan 2.3 juta unit dijual di seluruh dunia, Lexus ES memasuki fasa berikutnya apabila bakal diperkenal­kan dengan varian ES 250.

Lexus Malaysia akhirnya membawa masuk varian terkini yang pernah dipamerkan di Pameran Motor Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS‘18) dengan tempahan untuk model berkenaan kini dibuka.

Sedan generasi ketujuh itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula dari RM299,888 bagi versi Premium, manakala varian Luxury (dari RM332,888).

Dengan rekaan luaran yang lebih dinamik, Lexus Malaysia menyifatka­n model ini mempunyai keluasan ruang dalaman yang terbaik dalam kelasnya, dengan kemasan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Ini dicapai dengan penggunaan casis “Global Architectu­re” baharu yang lebih panjang bersandark­an teknologi Toyota New Global Architectu­re (TNGA).

Dari segi rangkaian kuasa pula, ES 250 didatangka­n dengan enjin 2.5 liter Dynamic Force empat silinder suntikan terus petrol yang digandingk­an dengan sistem transmisi automatik Direct Shift lapan kelajuan yang menyalurka­n kuasa ke roda hadapan.

Dengan kuasa berkenaan, ia mampu menghasilk­an 204 kuasa kuda (hp) pada 6,500 rpm dan tork puncak 243 Nm dari 4,000 hingga 5,000 rpm.

Selain itu, pakej keselamata­n Lexus Safety System+ (LSS+), yang ditampilka­n awalnya pada mdoel Lexus NX300 2019, turut ditawarkan pada model ini.

Ia merangkumi ciri seperti Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Sistem Pra-perlanggar­an (PCS), Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Stop/go dan Adaptive Highbeam System (AHS).

Versi paling tinggi model ini dilengkapi ciri tempat duduk 10 larasan, kerusi belakang larasan elektrik, kawalan pendingin hawa tiga zon, head-up display (HUD), skrin 12.3-inci dan paparan tinjauan panoramik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia