Berita Harian

Ketumbukan tentera diperkasa

- Berpangkal­an di Kuching berpangkal­an di Sibu Rejimen Sempadan berpangkal­an sementara di Sibu.

Oleh Mohd Roji Kawi

Kematangan usia sesebuah ketumbukan tentera tidak akan bermakna jika anggota dalam pasukan naungannya tidak mahir mengendali­kan aset tempur.

Justeru, setiap formasi Briged, Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasukan naungan di bawah 1 Divisyen Infantri perlu melaksanak­an latihan dan pembelajar­an secara berterusan untuk memastikan setiap operasi berjalan lancar.

Ia selaras dengan hasrat pimpinan tertinggi TDM yang mahu perkara asas iaitu sistem pemerintah­an rejimental terus menjadi amalan bagi menjamin keupayaan tempur yang berkesan dalam sesebuah pasukan.

Panglima 1 Divisyen Infantri, yang berpengkal­an di Kuching, Mejar Jeneral Datuk Mohd Din Abu, berkata setiap arahan harus diserap dan ditafsir sebaiknya bagi mengenal pasti kelemahan, seterusnya mencari kaedah sesuai untuk mengatasin­ya.

Katanya, ketika ini, 1 Divisyen Infantri sudah berusia 53 tahun dan beliau percaya pengalaman sudah mendewasak­an divisyen itu.

Bagaimanap­un, katanya, kematangan usia bukanlah noktah kepada perjuangan, sebaliknya ia harus terus menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlan­gan.

“Saya mahu setiap gerakan dan latihan dirancang dengan teliti dan dilaksanak­an dengan penuh komitmen di setiap peringkat formasi Briged serta pasukan.

Keupayaan tempur menjadi aset terpenting yang kita mesti tentukan dan semua anggota harus memiliki kemahiran serta pengetahua­n dalam mengendali­kan aset tempur yang kita miliki”

Panglima 1 Divisyen Infantri

 ??  ?? Mohd Din Abu,
Mohd Din Abu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia