Berita Harian

Tulus dari hati

-

Sudah lama karyanya mendapat tempat dalam kalangan peminat seni hiburan tempatan. Biarpun bukan di arus perdana, sebaliknya sekadar popular di media sosial, ia sudah cukup untuk memberi impak buat penyanyi berbakat besar, Tulus.

Tahun lalu, dengan penuh keterujaan, dia memberanik­an diri mengadakan konsert solo sulung di sebuah lokasi cukup ikonik, Panggung Sari, Istana Budaya.

Hasilnya, bukan sahaja tiket konsert laris terjual, pemilik nama Muhammad Tulus ini berjaya membuat peminat tegarnya diulit keasyikan dengan kemerduan suaranya.

Melihat sambutan hangat yang diberikan, penganjur yang sama, Shiraz Projects, kembali membawa pemuda berkenaan ke ibu negara menerusi Konsert Tulus Sewindu Tour - Kuala Lumpur. Kali ini, persembaha­nnya berlangsun­g di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Tulus, 31, sudah lapan tahun dia berada dalam belantara muzik Indonesia. Dia pula ingin meraikan tahun yang penuh bermakna itu bersama peminat di sini.

Baginya, menjadi kesalahan besar jika dia tidak memulakan siri jelajah konsertnya, di sini.

“Pada 28 September depan, genaplah lapan tahun saya bertapak dalam bidang muzik dan perkataan ‘sewindu’ itu sendiri membawa maksud lapan tahun. Bersempena ulang tahun ini, saya memang ingin mengadakan konsert jelajah sebagai tanda penghargaa­n kepada semua.

“Memandangk­an konsert saya di Kuala Lumpur, tahun lalu, mendapat sambutan hangat, jadi, satu dosa besar jika saya tidak memulakan konsert ini di sini,” katanya.

Tampil dengan pakaian senada rona hitam, Tulus mendendang­kan lagu Baru dan Jatuh Cinta bagi membuka tirai konsertnya. Lagu berirama rancak itu bagai menyalur tenaga kepada 2,600 penonton yang hadir untuk menyanyi dan menari bersamanya.

Melihat aura positif yang ditunjukka­n, graduan Universita­s Katolik Parahyanga­n, Bandung, terbabit terus selesa menyanyi dan melantunka­n lagu popularnya di atas pentas sederhana besar itu.

Apabila si penyanyi sendiri yang mencipta melodi dan menulis lirik, maka terhasilla­h sebuah kejujuran dalam nyanyian.

Kebanyakan liriknya pula ditulis berdasarka­n pengalaman sendiri, teman-teman dan juga hasil pemerhatia­nnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling.

Pada malam itu, Tulus tidak pernah lupa asal usulnya, iaitu seorang pemuda berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat.

Justeru, bagi mengenang kembali nostalgia ketika masih kecil, Tulus menyampaik­an rangkaian lagu Minang. Sebahagian­nya pula pernah popular di sini.

“Ibu saya bekerja sebagai penjual kaset. Dahulu, setiap kali jika saya mendapat markah yang baik, saya diberi peluang untuk memilih kaset mana yang diinginkan. Tak sangka, dari situlah mulanya minat saya terhadap dunia muzik,” ujarnya.

Semua lagu yang disampaika­n mempunyai mood

Penyanyi

berbeza dan Tulus adil dalam menyalurka­n rasa berkenaan kepada semua penonton. Saat dia memetik gitar menyampaik­an lagu pernah dipopulark­an Datuk Sheila Majid berjudul Cinta Jangan Kau Pergi, dia mampu membuat penonton larut dalam emosi, sekali gus mengalirka­n air mata kerana nyanyianny­a meresap ke jiwa.

Ibarat sebuah autobiogra­fi, konsert itu juga menjadi tempat untuk Tulus meluahkan perasaan, berkongsi kisah suka duka dan mengimbas kembali perjalanan hidupnya untuk menjadi penyanyi.

“Ketika mula-mula mahu menjadi penyanyi, banyak karya saya ditolak. Mujur saya bertemu seseorang yang akhirnya mempercaya­i bakat yang ada dalam diri ini. Bermula dengan lagu pertama hinggalah album terbaru, Ari yang menerbitka­nnya,” katanya sambil memperkena­lkan lelaki bernama Ari Renaldi, yang juga seorang daripada pemuzik pengiring konsertnya kepada penonton.

Persembaha­nnya malam itu turut dihadiri selebriti tempatan seperti Sheila, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Nabila Huda, Aizat Amdan, Sherry Alhadad dan ramai lagi.

Lebih dua jam beraksi, Tulus mendendang­kan hampir semua lagu popularnya iaitu Gajah, Ruang Sendiri, Adu Rayu, Monokrom, Langit Abu-abu, Tuan Nona Kesepian, Teman Hidup, Lagu Untuk Matahari, Pamit, Manusia Kuat dan Sewindu.

Turut diperdenga­rkan ialah Jatuh Cinta, Tukar Jiwa, Cahaya, Teman Pesta, Kisah Sebentar, Labirin, Tergila-gila, Sepatu, Larut Malam, Tanggal Merah dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya.

Sepanjang beraksi, Tulus bijak merencana konsertnya menjadi sempurna. Bual bicaranya juga lengkap. Selain menyampaik­an maklumat dan bercerita, dia juga turut menyelitka­n jenaka bersahaja.

Penghibur sejati tidak ramai dan Tulus adalah seorang daripada mereka. Ia sebuah konsert yang benar-benar tulus dari hati.

 ??  ?? Tulus,
Tulus,
 ??  ??
 ??  ?? Tulus bijak merencana konsertnya sehingga terserlah bakatnya sebagai penghibur.
Tulus bijak merencana konsertnya sehingga terserlah bakatnya sebagai penghibur.
 ??  ?? Sebahagian peminat yang menyaksika­n konsert Tulus di ibu negara, baru-baru ini.
Sebahagian peminat yang menyaksika­n konsert Tulus di ibu negara, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia