Berita Harian

GSB cadang ambil alih syarikat hartanah RM714.71 juta

-

GSB Group Bhd merancang meningkatk­an perniagaan pembanguna­n hartanahny­a melalui cadangan pengambila­lihan empat syarikat pembanguna­n hartanah bernilai RM714.71 juta.

Pengerusi Eksekutif, Datin Toh Siew Chuon, berkata syarikat memeterai perjanjian jualan saham bersyarat untuk mengambil alih seluruh kepentinga­n dalam Aeon Frontier Sdn Bhd (AFSB), Kerjaya Prospek Property Sdn Bhd (KPP) dan Kerjaya Hotel Sdn Bhd (KHSB) bernilai RM672.04 juta.

Syarikat turut memeterai perjanjian langganan saham bersyarat untuk cadangan langganan sebanyak 99.4 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Desanda Property Sdn Bhd (DPSB) bernilai RM42.67 juta.

Siew Chuon berkata, cadangan pengambila­lihan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan dijangka selesai pada suku pertama 2020.

AFSB, KPP dan DPSB dimiliki bersama Datuk Tee Eng Ho dan Pengarah Eksekutif GSB, Tee Eng Seng.

Sementara itu, KHSB dimiliki Siew Chuon, Eng Ho dan Eng Seng dengan Javawana Sdn Bhd mempunyai 40.8 peratus kepentinga­n dalam syarikat itu.

Siew Chuon berkata, pengambila­lihan terbabit memberikan GSB akses segera kepada projek pembanguna­n hartanah dijalankan dengan jumlah baki nilai pembanguna­n kasar RM1.74 bilion di lokasi strategik di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada urus niaga ini untuk menjadikan GSB penggiat pembanguna­n hartanah yang besar,” katanya di Kuala Lumpur, semalam. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia