Berita Harian

CIMB, Axiata Digital bantu kewangan 700,000 PKS

Tawar pinjaman mikro ADC kepada pelanggan perluas operasi dalam, luar negara

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

CIMB Group bekerjasam­a dengan Axiata Digital Capital (ADC), penyedia perkhidmat­an teknologi kewangan (fintech) di bawah Axiata Digital menawarkan penyelesai­an kewangan kepada 700,000 pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpotensi di Malaysia dan Indonesia.

Penyelesai­an kewangan itu akan ditawarkan menerusi platform pemberian pinjaman mikro ADC, Aspirasi.

Usaha sama itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Komersial Kumpulan CIMB Group, Victor Lee Meng Teck dan Ketua Pegawai Kewangan Axiata Digital merangkap Pengarah Axiata Digital Capital, Sheyantha Abeykoon.

Ia menjadi kerjasama serantau pertama antara bank dan pembekal perkhidmat­an digital yang memberi tumpuan untuk menjana pertumbuha­n PKS mikro dan kecil.

Mengulas kerjasama itu, Meng Teck, berkata kedua-dua pihak berhasrat memenuhi keperluan unik PKS berdasarka­n tahap persekitar­an perniagaan masing-masing.

“CIMB juga akan memberi sokongan kepada PKS untuk mengembang­kan perniagaan mereka di pasaran tempatan dan luar negara dengan memanfaatk­an jejak dan rangkaian serantau yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, Abeykoon berkata, platform pembiayaan digital baharunya, Aspirasi menawarkan permohonan pinjaman digital dengan pemprosesa­n segera dan pembayaran pantas, sekali gus memberi pengalaman baharu kepada pelanggan berbanding produk ditawarkan di pasaran.

Sejak 2014, Axiata Digital memberi tumpuan mempercepa­tkan penggunaan digital dengan menawarkan penyelesai­an kewangan inovatif seperti e-dompet, pembiayaan mikro dan pengiriman wang untuk mengurangk­an jurang digital kepada lebih 300 juta pelanggan Axiata Group Bhd di Asia Selatan dan Tenggara.

Di samping itu, dengan memanfaatk­an kepakarann­ya dalam teknologi digital, Axiata Digital menyasarka­n untuk memastikan ekosistem kewangan yang bersedia ke arah masa depan dan masyarakat yang inklusif untuk golongan kurang mendapat perhatian, sambil mempamerka­n manfaat perniagaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk kejayaan dan pertumbuha­n mikro dan PKS.

Pada Mac tahun ini, CIMB mengumumka­n komitmenny­a memperuntu­kkan sebanyak RM15 bilion kepada 100,000 PKS pada 2019-2020.

Bagi tujuan itu, CIMB baru-baru ini , bekerjasam­a dengan Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) untuk menyediaka­n akses PKS kepada pembiayaan RM2 bilion melalui skim Jaminan Portfolio CGC.

CIMB juga komited melabur dalam teknologi dan data sebanyak RM300 juta bagi perniagaan perbankan komersial dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menyokong pertumbuha­n pesat sektor PKS, iaitu pada 2018, ia meningkat 6.2 peratus di Malaysia dan 10 peratus di Indonesia.

CIMB juga memberi sokongan kepada kedua-dua pihak berhasrat memenuhi keperluan unik PKS.

Victor Lee Meng Teck, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Komersial Kumpulan CIMB Group

 ??  ?? Meng Teck (empat dari kanan) dan Abeykoon (empat dari kiri) bersama barisan pengurusan CIMB Group dan ADC pada majlis MOU di Kuala Lumpur, semalam.
Meng Teck (empat dari kanan) dan Abeykoon (empat dari kiri) bersama barisan pengurusan CIMB Group dan ADC pada majlis MOU di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia