Berita Harian

Airasia bantah tambahan caj khidmat penumpang RM23

-

Airasia melancarka­n petisyen membantah caj perkhidmat­an penumpang (PSC) tambahan RM23 untuk penumpang yang melakukan perjalanan di luar ASEAN daripada RM50 hingga RM73 seorang.

Pada waktu berita ditulis, petisyen yang dilancarka­n tengah malam kelmarin memperoleh 26,870 tandatanga­n.

“Kami membantah kenaikan ini dengan tidak mengutip caj tambahan RM23 itu daripada pelanggan,” kata syarikat penerbanga­n itu dalam petisyen berkenaan.

Airasia berkata, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) direka dan dikendalik­an sebagai terminal penerbanga­n tambang rendah (LCCT) dan penumpang tidak perlu membayar PSC yang sama seperti di terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) yang lebih lengkap dan mewah.

Syarikat penerbanga­n itu berkata, PSC tinggi adalah beban yang tidak adil kepada pengguna.

“PSC sentiasa lebih rendah di klia2, sehingga 2018 apabila kadar itu meningkat dan disamakan atas sebab yang tidak diketahui.

“Kami percaya PSC yang tinggi akan menjejaska­n pelanconga­n, pertumbuha­n ekonomi dan menjadikan Malaysia kurang menarik kepada pengunjung berbanding destinasi lain,” kata Airasia.

Untuk rekod, caj dibayar penumpang di klia2 untuk penerbanga­n ke destinasi di luar ASEAN meningkat dua kali ganda sejak 2016.

Sehingga 31 Disenver 2016, PSC dikenakan RM32 seorang, tetapi bermula dari 1 Januari 2017, kadar itu dinaikkan kepada RM50 seorang.

Mulai 1 Julai tahun lalu, pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenakan PSC lebih tinggi, iaitu RM73 seorang.

Di sebalik arahan itu, Airasia enggan mengutip tambahan RM23 daripada pelanggann­ya untuk memastikan perjalanan udara kekal mampu untuk semua dengan mengatakan ia percaya kenaikan PSC itu ‘tidak munasabah’.

Bagaimanap­un, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, syarikat penerbanga­n tambang rendah itu akan mengutip PSC lebih tinggi untuk klia2 bagi tempahan penerbanga­n yang dibuat bermula tengah malam kelmarin di bawah bantahan, dengan jumlah perbezaan jelas dinyatakan dalam tambang terperinci sebagai ‘PSC (Di Bawah Bantahan)’.

Dalam petisyen itu, ramai yang tidak bersetuju, menyatakan PSC tidak adil dan terlalu membebanka­n.

Seorang pengguna Daniel Mishary, berkata bekerja untuk sebuah pertubuhan amal memerlukan­nya melakukan perjalanan dengan menggunaka­n syarikat penerbanga­n tambang rendah.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia