Berita Harian

Daikin sasar latih 3,000 juruteknik penyaman udara

Program kerjasama JTM tingkat kemahiran dalam industri penyejukbe­kuan

- Bhbiz@bh.com.my

Oleh Sofyan Rizal Ishak Daikin Malaysia Sdn Bhd (Daikin Malaysia) menyasar untuk melatih 3,000 juruteknik melalui pelaksanaa­n program pembanguna­n sumber manusia, Air-conditione­r Certified Technician (ACCT) menjelang 2020.

Program yang dijalinkan melalui kerjasama Jabatan Tenaga Manusia (JTM) itu bertujuan meningkatk­an kemahiran dan kecekapan juruteknik dalam industri penyejukbe­kuan dan penyaman udara.

Ketua Pegawai Operasi Daikin Malaysia, Ooi Cheng Suan, berkata pelaburan terhadap sumber manusia adalah penting bagi syarikat, di samping pelaburan terhadap kemudahan dan fasiliti tempat latihan.

Menurut beliau, Daikin Malaysia mengamalka­n falsafah Pengurusan Individu Berpusat, iaitu prinsip kepemimpin­an yang mempercaya­i kumulatif pembanguna­n setiap individu dalam sesebuah syarikat adalah asas kepada pembanguna­n bagi syarikat terbabit.

“Kami percaya usaha untuk memperkena­lkan program ini adalah wajar bagi menaik taraf kualiti servis dalam industri terutama untuk pengguna jenama Daikin,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum perjanjian (MOA) dengan JTM di Sungai Buloh, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n; Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Anuar; Ketua Pengarah JTM, Sutekno Ahmad Belon dan Ketua Eksekutif Pembanguna­n Sumber Manusia Bhd (PSMB), Elanjelian Venugopal.

Daikin Malaysia turut menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan JTM dan PSMB bagi menyediaka­n yuran penyertaan program yang berjumlah hanya RM190 berbanding RM900 jumlah yuran asal berikutan pemberian subsidi kepada bakal pelatih.

Program yang menyediaka­n kursus pemasangan penyaman udara secara teori dan praktikal itu akan diadakan selama tiga hari membabitka­n dua hari teori dan sehari (ujian) di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) serta Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) seluruh negara.

Cheng Suan berkata, latihan bagi program itu akan dimulakan di Lembah Klang membabitka­n dua lokasi iaitu ILP Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam dalam tempoh terdekat sebelum diperluask­an kepada lokasi lain di seluruh negara.

“Selepas dua lokasi ini, kami akan menawarkan program ACCT ini di lapan lokasi membabitka­n cawangan ILP dan ADTEC seluruh negara menjelang Mac 2020,” katanya.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Kulasegara­n menyaksika­n Venugopal, Sutekno dan Cheng Suan bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani memorandum perjanjian di Sungai Buloh, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Kulasegara­n menyaksika­n Venugopal, Sutekno dan Cheng Suan bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani memorandum perjanjian di Sungai Buloh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia