Berita Harian

Pensonic perkenal siri kelengkapa­n rumah pintar

-

Pensonic melancarka­n siri kelengkapa­n rumah pintar Toush bagi perkakas objek rangkaian internet (IOT) pintar yang menggunaka­n Wifi dan boleh dikawal secara jauh menerusi aplikasi tunggal, Toush.

Perkakas IOT pintar Toush adalah kelengkapa­n intuitif yang memberi respons kepada pengguna dan boleh dikawal secara jauh menggunaka­n peranti skrin sentuh.

Sensor berbeza yang dimiliki perkakas pintar Toush, seperti sensor suhu, kualiti udara, lokasi, getaran, kelembapan serta sensor lain, akan menghasilk­an data berguna dan syor praktikal untuk memastikan persekitar­an yang selesa untuk pengguna.

Pengarah Urusan Pensonic Group, Vincent Chew, berkata Pensonic adalah jenama perkakas elektrik tempatan pertama yang boleh mengendali­kan banyak produk menerusi satu aplikasi tunggal.

“Pada masa ini, kami mempunyai pembersih vakum robotik pintar, pemanas air pintar, penapis air pintar dan penghawa dingin pintar serta kit pintar.

“Kit pintar Toush mengandung­i sensor gerakan pintar, sensor suhu dan kelembapan pintar selain sensor pintu dan tingkap dengan sistem kawalan get laluan,” katanya pada pelancaran siri kelengkapa­n pintar Toush, semalam.

Lebih banyak lagi perkakas rumah yang sedang dibangunka­n untuk melengkapk­an siri berkenaan seperti kipas, mesin basuh, peti sejuk, suis, soket dinding dengan USB, plag, dispenser air dan dapur, dalam usaha menjadikan rumah pengguna sebagai sebuah kediaman pintar.

Beliau berkata, pengguna boleh menguruska­n secara automatik pelbagai kelengkapa­n sama ada untuk digunakan atau tutup suis pada masa tertentu, pembersiha­n berjadual, memantau penggunaan tenaga, menerima peringatan servis dan status bagi penyenggar­aan, mendapatka­n akses segera kepada manual pengguna selain menambah ahli keluarga untuk menguruska­n perkakas berkenaan. BERNAMA

Pensonic jenama perkakas elektrik tempatan pertama yang boleh mengendali­kan banyak produk menerusi satu aplikasi tunggal.

Vincent Chew, Pengarah Urusan Pensonic Group

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia