Berita Harian

Uber rugi RM21.8 bilion, saham susut enam peratus

-

San Francisco/bengaluru: Uber Technologi­es Inc mencatatka­n kerugian AS$5.2 bilion (RM21.8 bilion), manakala pendapatan­nya juga susut berbanding jangkaan Wall Street berikutan pertumbuha­n perniagaan perkhidmat­an e-hailing yang perlahan, menyebabka­n sahamnya turun enam peratus.

Syarikat itu berkata, perang harga di Amerika Syarikat (AS) semakin reda dan ia menjadi kayu pengukur kepada keuntungan syarikat, namun pertumbuha­n perlahan dalam pendapatan menimbulka­n persoalan mengenai keupayaan Uber untuk berkembang dan terus bersaing.

“Kerugian semakin meluas dan persaingan semakin hebat.”

“Apa yang mengurangk­an keyakinan pelabur dan memberi kesan kepada saham selepas laporan ini adalah panduan yang jelas mengenai pertumbuha­n pendapatan dan mengurangk­an kos,” kata Haris Anwar, penganalis­is di platform pasaran kewangan Investing.com.

Kerugian bersih suku kedua Uber terus meningkat daripada AS$878 juta tahun sebelum ini, termasuk AS$3.9 bilion perbelanja­an pampasan berasaskan saham yang berkaitan dengan tawaran awam permulaan (IPO) pada awal tahun ini dan hampir AS$300 juta penghargaa­n kepada pemandu yang berkaitan dengan penjualan saham.

Laporan itu memberi kesan kepada pelabur kerana pesaing Uber, Lyft Inc pada Rabu pacu unjuran pendapatan­nya dan menjelaska­n penurunan harga.

Saham Uber meningkat lapan peratus dan Lyft menokok tiga peratus pada hari berkenaan.

Berikutan laporan kewangan Uber itu, sahamnya jatuh enam peratus dan Lyft susut hampir dua peratus.

Uber melaporkan pertumbuha­n pendapatan­nya perlahan kepada 14 peratus menjadi AS$3.2 bilion, menurut data IBES daripada Refinitiv.

Perniagaan teras syarikat, e-hailing, meningkat hanya dua peratus kepada AS$2.3 bilion.

Cabang perniagaan penghantar­an makanan, Uber Eats meningkat 72 peratus kepada AS$595 juta.

Jumlah penumpang yang membelanja­kan untuk perjalanan naik 20 peratus, manakala jumlah simpanan Uber selepas membayar pemandunya meningkat hanya empat peratus.

Mengulas mengenai prestasi itu, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dara Khosrowsha­hi, berkata persekitar­an yang kompetitif telah mula rasional dan bertambah baik sejak suku pertama tahun ini. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia