Berita Harian

Selangor penyumbang terbesar KDNK negara

Negeri terpenting dalam sesi libat urus penyediaan RMKE-12: Azmin

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Selangor antara negeri terpenting dalam sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKE-12) yang diadakan oleh Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ini kerana Selangor adalah penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional dengan nilai sebanyak RM91.2 bilion atau 23.7 peratus daripada KDNK nasional pada 2018.

Katanya, Selangor turut mencipta sejarah apabila berjaya menarik pelaburan bernilai RM18.95 bilion bagi 2018, tertinggi sejak 30 tahun lalu.

“Selangor penting dalam menjana pertumbuha­n ekonomi negara, malah mempunyai peranan strategik dalam lompatan kuantum ekonomi kepada ekonomi digital dan industri bernilai tinggi.

“Oleh itu, keperluan pembanguna­n Selangor sebagai peneraju ekonomi perlu dicerakink­an bersama Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri dalam penyediaan RMKE-12,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Sesi Libat Urus Penyediaan RMK-12 MEA bersama kerajaan Selangor, semalam, yang dipengerus­ikan bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Yang turut hadir, EXCO Kerajaan Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya dan Ketua Setiausaha MEA, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

Mohamed Azmin berkata, selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang mendasari RMKE-12, perbincang­an dengan kerajaan negeri itu menekankan kepada pembanguna­n sektor berimpak tinggi.

Katanya, ia membabitka­n sektor ekonomi digital, pembekalan dan perkhidmat­an teknologi tinggi, aeroangkas­a, automotif dan pertanian pintar.

“MEA akan terus mendukung usaha kerajaan negeri dalam mencambahk­an idea baharu yang dapat mencipta nilai tambah kepada ekonomi negara dan meningkatk­an kemakmuran rakyat Selangor.

“Pembabitan semua pihak secara langsung akan memastikan strategi pembanguna­n negara yang dirancang lebih tersasar serta memenuhi objektif dan matlamat Kemakmuran Bersama,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, sesi libat urus dengan kerajaan negeri itu dimulakan sejak 5 Julai lalu membabitka­n semua negeri dan akan cuba diselesaik­an dalam tempoh tiga bulan.

“Seterusnya minggu depan saya akan ke Terengganu pada 15 Ogos dan pada 16 Ogos, saya di Pahang.

“Sesi ini membabitka­n kesemua 14 negeri sebelum kita dapat menggubal dokumen RMKE-12 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada hujung tahun depan,” katanya.

 ?? [Foto Ihsan Pejabat Menteri Besar Selangor] ?? Amirudin dan Azmin ketika menghadiri sesi libat urus penyediaan RMKE-12 di Shah Alam, semalam.
[Foto Ihsan Pejabat Menteri Besar Selangor] Amirudin dan Azmin ketika menghadiri sesi libat urus penyediaan RMKE-12 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia