Berita Harian

Syor JPV wajibkan pasang cip mikro

Tahap kesedaran pembela haiwan masih rendah, langkah elak perkara tak diingini

- Fahmy.azril@bh.com.my

Oleh Fahmy A Rosli Kuala Lumpur: Tahap kesedaran, terutama membabitka­n pendidikan dan latihan dalam kalangan pembela haiwan seperti anjing di negara ini, masih rendah.

Pensyarah Kanan Perubatan Haiwan Kecil Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Puteri Azaziah Megat Abd Rani, berkata itu sebabnya Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) memutuskan supaya tujuh baka anjing dilarang import ke negara ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakka­n perkara buruk.

Katanya, tahap kesedaran pembela anjing tidak di negara ini tidak seperti negara lain apabila mereka lebih bertanggun­gjawab menghadiri kelas melatih anjing dan mematuhi undang-undang bagi mendapatka­n permit.

“Mungkin JPV senaraikan beberapa baka anjing dilarang masuk negara ini sebab tahap kesedaran dan pendidikan kita rendah. Tahap kesedaran kita tidak setinggi negara lain.

“Di negara luar, mereka ada banyak sekolah latihan anjing. Kalau kita sudah sampai ke tahap semua anjing ada lesen, ada permit dan hadir latihan supaya anjing itu taat, ia tak jadi isu.

“Macam di United Kingdom (UK), kena kembiri (anjing) baru dapat lesen. Yang bela anjing itu tak boleh biakkan. Anjing pun terlatih. Sepatutnya, kita kena ada peraturan seperti ini barulah tidak timbul isu,” katanya kepada BH.

Mengulas mengenai satu daripada tujuh baka anjing terlarang diimport ke negara ini, iaitu American Pitbull Terrier, Dr Puteri Azaziah berkata, ia adalah baka paling rumit untuk dilatih dan ia diperakui oleh pelatih anjing di Amerika Syarikat (AS) dan UK.

Katanya, anjing baka Pitbull sukar menerima arahan.

“Dari segi sifat baka anjing ini, ia ada naluri semula jadi yang mana tahu menyerang bahagian

Kena ada cip mikro. Kalau tidak, haiwan itu dilarang masuk ke negara ini. Selain mengandung­i maklumat mengenai haiwan terbabit, cip mikro itu dapat membantu menjejak dan mengenal pasti haiwan berkenaan.

tertentu untuk membunuh. Memang akan serang tempat (bahagian badan) yang penting. Bahagian penting seperti kepala dan leher. Memang tahu secara semula jadi sebab genetik.

“Sebab itu, kalau bela anjing kena buat latihan supaya tahu sifat baka anjing terlarang itu macam mana untuk disesuaika­n dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Dalam usaha mengekang penyeludup­an baka haiwan terlarang ke negara ini, Dr Puteri Azaziah mengesyork­an supaya JPV mewajibkan haiwan yang ingin dibawa masuk dipasang cip mikro.

Katanya, cip mikro itu mengandung­i pangkalan data seperti tarikh lahir dan jenis baka.

“Kena ada cip mikro. Kalau tidak, haiwan itu dilarang masuk ke negara ini. Selain mengandung­i maklumat mengenai haiwan terbabit, cip mikro itu dapat membantu menjejak dan mengenal pasti haiwan berkenaan.

“Wajib ada cip mikro, terutama baka asli. Sebab kita tak mahu ada salah guna anjing ini sebab ia ada sifat atau karakter istimewa. Kalau ia digunakan secara betul maka anjing itu akan beri manfaat. Kalau salah guna, ia akan menyusahka­n,” katanya.

Dr Puteri Azaziah Megat Abd Rani, Pensyarah Kanan Perubatan Haiwan Kecil Fakulti Perubatan Veterinar UPM

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 4 Julai lalu.
Keratan akhbar BH pada 4 Julai lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia