Berita Harian

MAQIS akui lebih tumpu pemeriksaa­n kargo

-

Sepang: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) mengakui pegawai penguat kuasanya terlalu tertumpu kepada pemeriksaa­n kargo berbanding laluan penumpang di pintu masuk sempadan.

Pengarah Kuarantinn­ya, Muhammad Ezambry Arpan, berkata keadaan itu kemungkina­n membuka ruang dan peluang terhadap aktiviti penyeludup­an baka anjing terlarang melalui pintu masuk Kedah-thailand.

Katanya, pada satu-satu syif pihaknya menempatka­n seorang pegawai bertugas di laluan penumpang berbanding dua pegawai bagi pemeriksaa­n di bahagian kargo.

“Laluan penumpang selalu terjadi (penyeludup­an baka anjing terlarang), terutama di Durian Burung, Kedah. Kargo senang kesan.

“Kalau di Durian Burung, di sana memang pegawai kita lebih tertumpu kepada kargo. Dekat laluan penumpang kita tak periksa sangat. Jadi, kemungkina­n (seludup baka anjing terlarang) itu ada.

“Misalnya di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pegawai kita memang selalu ada di laluan penumpang. Satu syif dalam tiga orang dan AKSEM (Agensi Kawalan Sempadan Malaysia) pun ada betul-betul di pintu keluar kompleks itu.

“Tetapi di Durian Burung, kita tempatkan empat pegawai. Seorang ketua di pintu masuk dan seorang dalam pejabat. Bahagian kargo pula dua orang. Seorang di bahagian laluan penumpang. Memang kalau seorang di bahagian (laluan) penumpang dengan trafik tinggi, jadi ada kemungkina­n (penyeludup­an). Itu kita tak nafikan,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut situasi di Durian Burung, Ezambry berkata, ketiadaan pos AKSEM memungkink­an penyeludup­an berlaku.

Laluan penumpang selalu terjadi (penyeludup­an baka anjing terlarang), terutama di Durian Burung, Kedah. Kargo senang kesan.

Muhammad Ezambry Arpan, Pengarah Kuarantin MAQIS

Katanya, di Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar terdapat pemeriksaa­n dijalankan pegawai AKSEM setiap masa pada setiap hari.

“Tetapi di Durian Burung tak ada pos AKSEM. Kadang-kadang dalam seminggu sekali, itupun akan ada sekatan di balai polis berhampira­n. Balai polis itu terletak dalam empat hingga lima kilometer dan baru ada buat tahanan (pemeriksaa­n) di situ.

“Kemungkina­n besar penyeludup­an (baka anjing terlarang) di Durian Burung pun ada berlaku,” katanya.

Beliau turut mengakui ada segelintir pegawai MAQIS yang tiada pengetahua­n dan kemahiran untuk mengenal pasti baka anjing bagi membezakan sama ada ia terlarang ataupun dibenarkan.

 ?? (Foto Amran Hamid/bh) ?? Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Bukit Kayu Hitam.
(Foto Amran Hamid/bh) Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Bukit Kayu Hitam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia