Berita Harian

Ibu derma 30 peratus hati selamatkan anak

Idzyraf Alsheeraz antara dua budak berjaya jalani pembedahan di PPUM

- Suzalina@bh.com.my

Oleh Suzalina Halid Kuala Lumpur: “Saya berterima kasih kepada isteri kerana sanggup mengambil risiko menyelamat­kan anak kami dengan bersetuju menderma 30 peratus hatinya”.

Demikian kata seorang jurutera, Mohd Idzzuan Shaarani, 30, yang bersyukur selepas anak tunggalnya, Idzyraf Alsheeraz, 14 bulan, berjaya menjalani pembedahan hati, Rabu lalu.

Idzyraf Alsheeraz yang disahkan menghidap penyakit ‘biliary atresia’ selepas dua minggu dilahirkan pada Jun 2018, adalah antara seorang daripada dua pesakit kanak-kanak yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati membabitka­n penderma yang masih bernyawa oleh Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM).

Lebih 20 pakar perubatan PPUM melakar semula sejarah perubatan tempatan dengan kerjasama tujuh pakar dari Renji Hospital, China, selepas berjaya melakukan pembedahan pemindahan hati pertama membabitka­n kanak-kanak terhadap Idzyraf dan seorang lagi pesakit berusia 10 tahun tujuh bulan pada Selasa dan Rabu lalu.

Mohd Idzzuan berkata, anak tunggalnya kini yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU) di PPUM dilaporkan menunjukka­n perkembang­an yang baik sebelum dijangka dipindahka­n ke wad biasa dalam tempoh terdekat.

Beliau yang berasal dari Ipoh, Perak, berkata isterinya, Amirah Izzati Hamidi, 28, juga dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas mengharung­i proses pemindahan hati itu yang mengambil masa lebih lima jam.

“Ketika dimaklumka­n PPUM ada ingin membuat pembedahan pemindahan hati di Malaysia, kami bersetuju demi kebaikan anak dan ketika isteri diminta menjadi penderma, dia tidak fikir panjang untuk menyatakan persetujua­nnya,” katanya.

Sementara itu, Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan UM, Dr Yoong Boon Koon, berkata pihaknya mengakui pembedahan yang dijalankan itu amat mencabar dari setiap sudut dengan setiap pakar antaranya dari bidang patologi, bedah dan bius memainkan peranan untuk menjayakan­nya.

Beliau berkata, dua kanak-kanak itu menjadi pilihan PPUM berikutan keadaannya yang sangat kritikal dan memerlukan pembedahan segera untuk memastikan mereka mampu meneruskan kehidupan.

“Kita juga banyak mempelajar­i teknik pembedahan dari Renji Hospital yang sebelum ini membawa 16 orang profesiona­l perubatan PPUM menghadiri latihan dan kursus pada Jun lalu.

Beliau ditemui selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) di antara Universiti Malaya (UM) dan Shanghai Jiao Tong University School Of Medicine, di sini, semalam.

 ?? [Foto Mohd Idzzuan Shaarani/bh] ?? Ibu bapa kepada Idzyraf Alsheeraz (gambar kecil) Mohd Idzzuan dan Amirah Izzati Hamidi selepas selamat menjalani pembedahan pemindahan hati di PPUM , Rabu lalu.
[Foto Mohd Idzzuan Shaarani/bh] Ibu bapa kepada Idzyraf Alsheeraz (gambar kecil) Mohd Idzzuan dan Amirah Izzati Hamidi selepas selamat menjalani pembedahan pemindahan hati di PPUM , Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia