Berita Harian

Bayi cacat tempurung kepala

-

Alor Gajah: “Saya tidak tahu berapa lama Tuhan bagi pinjamkan anak ini kepada kami, tapi kami sudah reda... dan ini yang perlu diterima,” demikian kata ibu kepada bayi yang menghidap kecacatan tempurung kepala ‘holoprosen­cephaly’, Nur Annissa Zaki.

Nur Annissa dilahirkan dengan tempurung kepala tidak sempurna, selain sumbing lelangit dan tangan kanan mempunyai enam jari pada Ahad lalu di Hospital Port Dickson.

Kecacatan tempurung kepala bayi itu dikesan ketika ibunya, Norwati Saad, 35, menjalani proses imbasan ultrasound apabila kandungan berusia tujuh bulan di hospital berkenaan.

Norwati berkata, sebelum ini doktor menyaranka­n supaya menggugurk­an kandungan disebabkan masalah itu serta memaklumka­n kemungkina­n usia anaknya tidak panjang sekiranya dilahirkan.

“Saya tak mahu (gugur), sebaliknya teruskan kelahiran ini walaupun bayi tidak sempurna dan menghidap masalah tiada tisu kepala,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Norwati berkata, Nur Annissa, satu-satunya anak perempuann­ya dilahirkan secara normal dengan berat 2.6 kilogram (kg), malah penjagaann­ya tidak sukar namun perlu memberi perhatian ketika proses pembersiha­n diri dan waktu minum susu.

“Saya hanya lap badan Annissa kerana doktor pesan dia tidak boleh terkena air, bahagian kepalanya yang berwarna kekuningan dialas kapas dan ditutup dengan penutup kepala bagi mengelak terdedah kerana dia akan menangis apabila bahagian itu tersentuh,” katanya yang memberi minum susu menggunaka­n cawan sukatan bersaiz kecil.

 ?? [Foto Khairunisa­h Lokman/bh] ?? Nur Annissa dipakaikan sarung kepala bagi mengelakka­n otaknya terdedah ketika ditemui di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah, semalam.
[Foto Khairunisa­h Lokman/bh] Nur Annissa dipakaikan sarung kepala bagi mengelakka­n otaknya terdedah ketika ditemui di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia