Berita Harian

5 industri utama Selangor perlu kerjasama Pusat

Keputusan hasil mesyuarat libat urus RMK-12

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Lima industri utama dikenal pasti memerlukan sinergi antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n bagi terus memacu ekonomi negeri itu yang dianggap penting bagi negara.

Lima industri berkenaan ialah sains hayat, jentera dan kejurutera­an, elektrik dan elektronik, makanan dan minuman serta pengangkut­an dan peralatan.

Itu intipati mesyuarat menerusi sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMK-12) bersama Kerajaan Persekutua­n selaras dengan pendekatan Klusterisa­si Ekonomi yang diilhamkan oleh Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, mesyuarat dimulakan dengan perkongsia­n mengenai prestasi Selangor dan bagaimana kerjasama erat Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri dapat melonjakka­n Selangor sebagai sebuah negeri pintar terulung ke peringkat lebih tinggi.

“Sebagai sebuah negeri utama yang menjadi pengemudi atau enjin utama ekonomi Malaysia, kemajuan serta kemakmuran Selangor amatlah penting untuk kemajuan Malaysia amnya dan Selangor khususnya.

“Pembanguna­n serta perancanga­n RMK-12 yang dirangka dalam sesi libat urus ini adalah suatu ‘game changer’ yang bakal membuka lembaran baharu buat ekonomi negara, sekali gus melimpahka­n kemakmuran ekonomi buat semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Terdahulu Amirudin menghadiri sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025 (RMK-12) bersama Kerajaan Persekutua­n yang turut disertai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, barisan EXCO Kerajaan Selangor, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya, dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

Amirudin berkata, kerajaan negeri berharap beberapa inisiatif dan projek akan dipertimba­ngkan dan diluluskan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

“Sebagai contoh, pembanguna­n infrastruk­tur seperti Jalan Bertingkat menghubung­kan North Port dengan Pulau Indah, Jajaran WCE Banting - KLIA - Tanjung Sepat, Pulau Indah Ring Road Fasa ke-tiga.

“Begitu juga penggantia­n paip air di kawasan Bio Bay, dana yang membabitka­n Selangor Maritime Gateway, solusi kepada pemilikan rumah mampu milik,” katanya.

Selain itu, katanya peningkata­n kapasiti jalur lebar di seluruh Selangor serta beberapa projek pengurusan banjir termasukla­h Pelaksanaa­n Rancangan Tebatan Banjir dan Subang Airport Regenerati­on 2025 akan turut diberi tumpuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia