Berita Harian

Pindaan enakmen mungkin dibentang semula

-

Shah Alam: Usul pindaan enakmen membabitka­n penukaran agama bagi anak bawah umur mungkin dibentangk­an semula pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan datang.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor, Borhan Aman Shah, berkata isu usul itu sebelum ini menimbulka­n sedikit kontrovers­i, namun ia sudah reda selepas semua pihak memahami tujuan sebenar ia dilakukan.

“Ramai tidak faham pindaan enakmen ini bertujuan untuk menyelaras­kan dengan peringkat Persekutua­n. Ketika ini enakmen negeri menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu dan bapa sebelum memeluk Islam.

“Jadi pindaan itu akan mengubahny­a kepada ibu atau bapa seperti yang dipraktikk­an di peringkat Persekutua­n.

“Hampir semua negeri di Semenanjun­g mempunyai enakmen berkaitan penukaran agama yang selaras dengan peringkat Persekutua­n,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Borhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, berkata pandangan semua pihak wajar diambil sebelum usul pindaan enakmen itu dibentangk­an semula pada sidang DUN.

“Saya berpendapa­t wajar kita dapatkan pandangan orang awam dan pihak berkaitan berhubung perkara ini. Jadi, jika usul ini dibentangk­an sekali lagi, tidak ada isu timbul,” katanya.

Pembangkan­g sebelum ini mendakwa Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim, sengaja menamatkan sidang lebih awal selepas dua hari bersidang minggu lalu bagi mengelakka­n usul itu dibentangk­an, tuduhan yang dinafikan kerajaan negeri.

Ketika ini enakmen negeri menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu dan bapa sebelum memeluk Islam.

Borhan Aman, Setiausaha PH Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia