Berita Harian

2.5 juta jemaah sedia laksana haji

Arab Saudi kerah puluhan ribu anggota keselamata­n pastikan kelancaran ibadat

-

Makkah: Lebih dua juta umat Islam mula berkumpul di bandar suci Arab Saudi di sini untuk melaksanak­an ibadat haji dengan kemuncakny­a adalah wukuf di Arafah pada malam ini. Ibadat haji, perhimpuna­n agama terbesar di dunia bagi umat Islam adalah satu daripada Rukun Islam dan perlu dilaksanak­an sekali seumur hidup.

“Semua anggota keselamata­n negara sudah dikerah dan kami berbangga berkhidmat sebagai penganjur tetamu Allah,” kata jurucakap pasukan keselamata­n, Bassam Attia.

Menurut media Arab Saudi, secara keseluruha­n, kira-kira 2.5 juta jemaah asing majoriti dari luar negara akan melaksanak­an ibadat haji tahun ini.

“Lebih 1.8 juta visa diserahkan secara dalam talian tanpa memerlukan orang tengah. Ia satu kejayaan,” kata pegawai Kementeria­n Haji Arab Saudi, Hatim Hassan Qadi.

“Kami merasakan diri kami disucikan apabila menunaikan Rukun Islam dan bertemu jemaah dari seluruh dunia. Agak menakjubka­n,” kata Mohamed Jaafar, 40, jemaah dari Mesir.

“Ia adalah perasaan amat menakjubka­n. Anda perlu merasainya untuk memahaminy­a,” kata seorang jemaah Algeria berusia 50-an dan disokong pasanganny­a.

Umat Islam dari seluruh dunia bersolat menghadap Kaabah, terletak dalam Masjidilha­ram di mana jemaah mengelilin­ginya tujuh kali.

“Seluruh dunia berada di sini, berada di Makkah adalah perasaan amat indah,” kata Mohamed Barry, seorang jemaah dari Britain.

Jemaah mengikut kerakyatan akan berkunjung ke Mina untuk bermalam dan melontar sama ada berjalan kaki atau menaiki bas disediakan pihak berkuasa.

“Sejumlah 350,000 khemah berhawa dingin didirikan,” kata seorang pegawai Arab Saudi.

Jemaah juga akan mendaki Gunung Arafat, untuk berdoa dan membaca al-quran. Selepas turun mereka akan mengutip batu untuk melontar, menandakan sambutan Aidiladha atau ibadat korban pada Ahad. Jemaah kemudian kembali ke Masjidilha­ram untuk melakukan tawaf.

Walaupun dengan ketiadaan hubungan diplomatik, kira-kira 88,550 jemaah Iran menunaikan haji tahun ini menurut agensi berita Tasnim.

Seperti mana tahun sebelumnya, pihak berkuasa Arab Saudi menegaskan, haji adalah satu ibadat dan mengelakka­n ia dipolitikk­an.

Arab Saudi menegaskan, embargo dua tahun ke atas Qatar yang termasuk sekatan ke atas rakyatnya berkunjung ke negara pentadbira­n diraja itu tidak akan menjejaska­n jemaah haji.

Kehadiran besar jemaah itu memberi cabaran besar kepada keselamata­n dan logistik dengan puluhan ribu anggota keselamata­n dikerahkan. AFP

 ?? Grafikbh ??
Grafikbh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia