Berita Harian

Banjir di Kerala ragut 22 nyawa

Sekatan Israel punca gaji kakitangan awam Gaza dipotong

-

Bengaluru: Sekurang-kurangnya 22 maut di negeri selatan India, Kerala selepas hujan lebat mencetuska­n tanah runtuh dan banjir memutuskan hubungan di sesetengah kawasan, kata pihak berkuasa semalam.

Di Kerala, bencana itu memaksa lebih 22,000 penduduk berpindah manakala Lapangan Terbang Antarabang­sa Cochin terletak di tebing sungai Periyar, paling sibuk di negeri itu, ditutup sehingga jam 3 petang waktu tempatan Ahad.

Namun, Tentera Laut India membuka landasan di sebuah pangkalann­ya untuk kegunaan pesawat komersial.

Kerala dilanda banjir buruk Ogos tahun lalu yang mengorbank­an lebih 200 orang dan menjejaska­n lebih lima juta lain.

Puluhan penduduk dibimbangi terperangk­ap selepas tanah runtuh besar-besaran di perkampung­an Puthumala di daerah berbukit Wayanad.

“Penyelamat menemui tujuh mayat dan kerajaan bercadang membawa peralatan ke kawasan itu,” kata Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan.

Negeri barat India di Maharashtr­a, Goa dan Karnataka turut dilanda hujan lebat dan banjir minggu ini, sekurang-kurangnya 38 orang maut di negeri itu.

REUTERS bertahun akibat sekatan Israel dan Mesir yang memetik kebimbanga­n keselamata­n untuk sekatan itu, dikatakan Bank Dunia menjejaska­n secara teruk ekonominya.

Hampir 80 peratus wilayah terkepung dengan dua juta penduduk itu bergantung kepada bantuan dan separuh daripadany­a menganggur.

Mac lalu, Ali berkata, pihak berkuasa Palestin memotong separuh gajinya, menyebabka­n beliau hanya menerima 1,500 shekels (RM1,806.66). Seekor biri-biri berharga sekitar AS$500 (RM2,095.51).

Pihak berkuasa yang mengamalka­n pemerintah­an terhad di jajahan Tebing Barat, masih menggaji 25,000 kakitangan awam Gaza walaupun perseterua­n sedekad dengan Hamas.

Ramai kakitangan pihak berkuasa Palestin di seluruh Gaza dan Tebing Barat terpaksa menerima pemotongan gaji sejak Mac lalu di tengah pertelingk­ahan dengan Israel berkaitan pembayaran kepada keluarga Palestin yang dipenjarak­an Zionis.

Israel mengatakan bayaran itu menjurus keganasan dan pada Februari mengeluark­an bahagian diperuntuk­kan pihak berkuasa Palestin untuk keluarga tahanan daripada cukai dipindahka­n setiap bulan kepada badan itu mengikut perjanjian damai sementara.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas enggan menerima pemindahan sebahagian, mengatakan pihak berkuasa berhak menerima keseluruha­n jumlahnya kira-kira 700 juta shekels (RM825.63 juta).

Tekanan fiskal meningkat itu menyebabka­n ekonomi Palestin yang berjumlah AS$13 bilion (RM54.48 bilion) merosot.

Pemotongan itu terutama meletakkan tekanan ke atas Gaza dengan kakitangan awam yang sudah sedia terjejas dengan pemotongan gaji awal dilaksanak­an Abbas pada 2017 untuk mengasingk­an Gaza.

“Saya biasanya melakukan korban setiap tahun namun tahun ini tiada wang berbuat demikian. Saya mencari seseorang yang dapat menjualkan biri-birinya dan membahagik­an kos itu kepada bayaran ansuran,” kata Hassan An-najjar, 58, bapa enam anak.

Gaji purata bulanan di semenanjun­g itu sekitar AS$330 (RM1,383.04) menurut Institut Penyelidik­an Dasar Ekonomi Palestin.

Penternak dan petani di semenanjun­g itu berkata, mereka terdesak mendapatka­n pelanggan sebelum Aidiladha.

“Tahun ini saya membawa hanya 40 lembu namun belum menjual separuh daripadany­a,” kata petani Gaza, Mohammad Al-balawi yang biasanya menjual 500 ternakan setiap tahun berharga AS$2,600 (RM10,896.67) seekor.

REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Penduduk membeli ternakan untuk ibadah korban di pasar Gaza, semalam.
(Foto AFP) Penduduk membeli ternakan untuk ibadah korban di pasar Gaza, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia