Berita Harian

400 korban gelombang haba di Belanda

-

Amsterdam: Hampir 400 orang maut di Belanda ketika gelombang haba terburuk melanda Eropah pada musim panas baru-baru ini, kata agensi statistik negara itu, CBS semalam.

Secara keseluruha­n, 2,964 meninggal dunia di Belanda sepanjang minggu bermula 22 Julai lalu, kata CBS dengan angka itu naik kira-kira 15 peratus berbanding minggu purata musim panas.

Rekod suhu di seluruh Eropah ketika gelombang haba akhir Julai lalu melonjak dan kali pertama sejak rekod mencatat lebih 40 darjah Celsius di negara itu pada 25 Julai lalu.

Penyelidik berkata, angka maut di Belanda pada minggu itu setanding dengan dua gelombang panas dialami pada 2006, antara paling lama di negara berkenaan.

Kira-kira 300 tambahan kematian dalam kalangan penduduk berusia 80 tahun dan ke atas.

Kebanyakan kematian berlaku di timur Belanda apabila suhu lebih tinggi dan gelombang haba berlaku lebih lama berbanding bahagian lain negara itu.

REUTERS Gaza: Kemuncak sambutan Aidiladha di Semenanjun­g Gaza di sini adalah upacara korban, namun tahun ini kakitangan awam terpaksa melupakan hasrat itu berikutan gaji mereka tidak mencukupi.

Seorang pegawai polis dikenali Ali, 49, berkata beliau tidak mampu membeli biri-biri untuk menyempurn­akan ibadah korban kerana pihak berkuasa Palestin mengurangk­an separuh gajinya sejak lima bulan lalu.

“Saya mengorbank­an seekor biri-biri setiap tahun, namun tahun ini agak mustahil. Saya amat malu,” kata bapa lima anak itu.

Semenanjun­g Gaza terjejas selama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia