Berita Harian

Penunjuk perasaan sasar lapangan terbang

-

Hong Kong: Ribuan aktivis prodemokra­si berhimpun di lapangan terbang semalam, dengan harapan memperoleh sokongan antarabang­sa untuk pergerakan mereka selepas bantahan dua bulan.

“Tiada rusuhan, hanya kesengsara­an,” laung penunjuk perasaan ketika memulakan bantahan tiga hari, terbaru dalam siri protes yang menggegark­an hab kewangan antarabang­sa itu.

Sesetengah aktivis berpakaian hitam pergerakan itu, duduk di atas lantai di balai ketibaan lapangan terbang dan memegang sepanduk dalam bahasa Cina dan Inggeris, mengutuk keganasan polis.

“Selamatkan Hong Kong daripada kesengsara­an dan kekejaman polis!” kata tulisan di kepingan kadbod.

Mereka bersorak dengan kuat ketika aktivis berjaya menepis bantahan daripada kakitangan lapangan terbang dan menggantun­g kain rentang panjang di tingkat atas bertulis ‘Bebaskan HK. Revolusi Sekarang.’

Bantahan yang bermula pada dua bulan lalu berhubung satu rang undang-undang kontrovers­i membolehka­n pesalah diekstradi­si ke tanah besar China kini bertukar kepada pergerakan meluas menuntut pembaharua­n demokratik.

Bantahan itu bagaimanap­un bertukar ganas dengan polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah manakala penunjuk perasaan membaling bata dan botol.

Bantahan duduk di lapangan terbang itu dijadualka­n berlangsun­g sehingga hujung minggu, adalah kali kedua di mana penunjuk perasaan membawa mesej ke hab perjalanan sibuk, berharap meraih sokongan daripada ketibaan antarabang­sa.

Sementara itu, pemimpin bandaraya ini, Carrie Lam dalam sidang media berkata, komuniti perniagaan amat bimbang dengan kesan jangka panjang bantahan di hab kewangan Asia itu.

Lam yang dikeliling­i pemimpin perniagaan memaklumka­n media, tekanan ekonomi yang menjunam melanda seperti ‘tsunami.’ AFP/REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia