Berita Harian

India longgar perintah berkurung Kashmir

Masjid Jama kekal ditutup, solat Jumaat dibenar di kawasan kejiranan

-

Srinagar: Pihak berkuasa India berkata, mereka akan melonggark­an perintah berkurung di wilayah Kashmir supaya penduduk Islam dapat menunaikan solat Jumaat dengan ketegangan masih tinggi berikutan tindakan kerajaan melucutkan hak autonomi rantau itu.

Laporan media berkata, masjid terbesar di sini yang berusia 600 tahun, Masjid Jama, fokus utama bantahan pemisah, kekal ditutup ketika kerajaan mahu mengekang rusuhan selepas tindakan paling tegasnya di rantau Himalaya itu.

Bantahan ke atas pemerintah­an India kerap meletus selepas solat Jumaat di masjid itu yang boleh menampung lebih 30,000 jemaah.

Bagaimanap­un, laporan media berkata, pihak berkuasa hanya akan memutuskan mengenai sekatan perintah berkurung itu pada Ahad.

“Penduduk dibenarkan bersolat dalam kawasan kejiranan, tiada sekatan untuk itu. Mereka dilarang keluar dari kawasan tempatan,” kata Ketua Pengarah polis Kashmir, Dilbag Singh menerusi telefon.

Berikutan bimbang dengan tindakan Perdana Menteri India Narendra Modi untuk mengukuhka­n kawalan ke atas Kashmir, Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi berlepas ke Beijing, China untuk berbincang dengan rakan sejawatann­ya Wang Yi.

Pakistan, yang turut menuntut Kashmir, mengecam sekeras-kerasnya tindakan India, namun Shah berkata, negaranya tidak akan memulakan konflik baharu dengan jirannya itu.

China, yang turut mengawal sebahagian kecil Kashmir, mengkritik India selepas kerajaan New Delhi mengesahka­n tuntutanny­a untuk keseluruha­n wilayah itu minggu ini.

Kashmir ditadbir India berada dalam perintah berkurung sejak Isnin lalu tanpa internet atau talian telefon serta sekatan tegas pergerakan ketika status autonomi khasnya dilucutkan.

Solat Jumaat adalah ujian penting keupayaan New Delhi menguatkua­sakan keputusan kerajaan nasionalis Hindu Modi. Umat Islam menyambut Aidiladha di rantau itu pada Isnin.

AFP

 ??  ?? Anggota keselamata­n berkawal di kawasan bandar di wilayah Kashmir.
Anggota keselamata­n berkawal di kawasan bandar di wilayah Kashmir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia