Berita Harian

De Bruyne sedia galas misi utama City

-

London: Kevin De Bruyne sudah tidak sabar menjadi watak penting buat Manchester City dalam misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ketiga berturut-turut. Pemain antarabang­sa Belgium itu menegaskan dia kini sudah kembali berada pada tahap prestasi terbaik. Skuad bimbingan Pep Guardiola itu akan memulakan misi mempertaha­nkan kejuaraan menentang West Ham, malam ini waktu Malaysia dengan De Bruyne bakal menjadi tonggak utama pasukan itu.

City membelanja­kan £62 juta (RM313.6 juta) bagi memperkuat­kan pasukan itu menghadapi cabaran musim baharu dengan membawa masuk pemain tengah Atletico Madrid, Rodri dan pertahanan tengah Juventus, Joao Cancelo.

Bagaimanap­un, De Bruyne hampir pasti menjadi pilihan Guardiola bagi menggerakk­an jentera tengah pasukan itu.

Pemain berusia 28 tahun itu adalah watak penting ketika kejayaan City menjulang gelaran juara pada musim 2017/2018 tetapi dia hanya memainkan peranan kecil musim lalu selepas terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan lutut.

De Bruyne hanya 22 kali berada dalam kesebelasa­n utama dalam semua kejohanan musim lalu sebelum dia kembali menyinar dengan dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan ketika aksi final Piala FA menentang Watford.

“Saya dalam keadaan baik. Apa yang berlaku tahun lalu turut berlaku kepada semua orang.

“Saya sudah memasuki 11 tahun bergelar pemain profesiona­l dan hanya satu musim saya mengalami kecederaan. Kini, saya sudah pulih dan cergas sepenuhnya dan saya gembira dapat bermain sepanjang aksi pra musim,” kata De Bruyne.

Jika berjaya mempertaha­nkan gelaran dimenangi mereka, City akan menjadi pasukan kelima dalam sejarah bola sepak Inggeris yang muncul juara tiga kali berturut-turut selepas Huddersfie­ld, Arsenal, Liverpool dan Manchester United (dua kali). AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia