Berita Harian

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing dalam kelompok 5 terbaik

-

Kuala Lumpur: Dua pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing menamatkan hari pertama saingan Grand Prix (GP) Austria semalam dalam kelompok lima terbaik.

John Mcphee yang baharu pulih daripada kecederaan lutut yang dialami pada GP Republik Czech kembali mempamerka­n aksi bertenaga dan menamatkan sesi latihan bebas selaku pelumba kedua terpantas keseluruha­n di belakang pelumba SKY Racing Team VR46, Celestino Vietti.

Catatan 1 minit 36.616 saat dilakukan pada sesi latihan bebas kedua itu bakal menjadi motivasi buat dirinya mengharung­i sesi kelayakan namun pelumba dari Scotland itu menyatakan betapa cuaca bakal memainkan peranan utama di Litar Red Bull Ring-spielberg, hari ini.

“Ada beberapa perkara yang boleh dipertingk­atkan terhadap jentera. Selepas mengumpul banyak data hari ini (semalam), kami mempunyai beberapa area (untuk dipertingk­atkan) tetapi jujurnya motosikal berada dalam keadaan okey.

“Saya selesa dengan tayar lembut mahukan keras. Jadi strategi esok (hari ini) banyak bergantung kepada cuaca. Jika kering, kami cuba yang lebih baik untuk terus ke sesi kelayakan kedua. Sekiranya basah, kami perlu berusaha dalam hujan, namun saya yakin dengan kedua-dua keadaan,” kata Mcphee.

Sementara itu, Ayumu Sasaki muncul pelumba keempat terpantas keseluruha­n dengan catatan sepusingan terbaiknya, 1‘36.937s.

“Mungkin kami mampu berada dalam posisi yang bagus hari ini (semalam) tetapi ia baru Jumaat. Begitupun, apa yang penting kami dapat perasaan yang bagus untuk hari-hari seterusnya. Saya menantikan saingan esok (hari ini), kami sudah melakukan tugsa yang baik dan harap dapat teruskan nanti. Saya juga mengharapk­an cuaca yang sama seperti hari ini.

“Minggu ini, kami mungkin mempunyai peluang untuk bersaing tempat di podium. Saya hanya perlu fokus di sepanjang minggu, bukan saja untuk hari ini (semalam) tetapi juga Sabtu (hari ini) dan Ahad selain cuba melakukan yang terbaik,” kata Sasaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia