Berita Harian

Sathianath­an kembali ceria

-

Melaka: Jurulatih Selangor, B Sathianath­an ‘tabik’ dengan pemainnya selepas berjaya mempertaha­nkan kubu mereka daripada dibocori oleh Melaka United (MU), sekali gus mencatat kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, di sini, kelmarin.

“Keseluruha­nnya saya gembira The Red Giants memperoleh mata maksimum. Kekuatan mental amat positif kali ini kerana mereka jelas berjaya mempertaha­nkan kelebihan jaringan berbanding ketika terikat 2-2 dengan FELDA United di Shah Alam tempohari,” katanya.

Selangor memastikan mata penuh itu dalam genggaman menerusi jaringan sendiri pemain MU, Jang Suk Won selepas tertampan rembatan Endrick Dos Santos pada minit ke-61 ketika perebutan di depan gawang.

Sementara itu, jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan jelas kecewa dengan kekalahan berkenaan selepas anak buahnya berjaya menampilka­n persembaha­n menyakinka­n.

Bagaimanap­un, katanya, keputusan itu masih belum mencemaska­n skuad Hang Tuah berikutan saingan masih terbuka membabitka­n semua pasukan.

Selangor ketika ini berada di tangga teratas Kumpulan D selepas mengumpul empat mata manakala MU dan PDRM yang masing-masing meraih satu kemenangan mengumpul tiga mata sementara FELDA dengan satu mata berada di tangga keempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia