Berita Harian

‘Perang’ bermula

Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2019/2020 membuka tirai hari ini dengan pasukan ‘Big 6’ iaitu Manchester City dan Liverpool terus menjadi pilihan merangkul kejuaraan, ketika Chelsea bersama Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester United disebut-s

-

Liverpool: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp minta anak buahnya membuktika­n skuad The Reds bertindak tepat apabila mengekalka­n pemainnya pada musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula, hari ini.

Juara Eropah itu hanya mendapatka­n tiga muka baharu iaitu pemain muda Belanda, Sepp van den Berg, Harvey Elliott dan penjaga gol gantian, Adrian.

Klopp, yang memulakan musim baharu dengan menentang Norwich City jam 3 pagi tadi waktu Malaysia amat berharap Liverpool dapat membuktika­n betapa mereka di landasan betul dengan mengekalka­n pemain sedia ada berdepan cabaran EPL musim ini.

“Pasukan besar lazimnya mengekalka­n pemainnya dalam tempoh yang lama.

“Tetapi kami perlu buktikanny­a. Jika kita beli pemain baharu, orang akan bertanya, selepas kamu beraksi begini musim lalu, kamu lepaskan beberapa pemain?,” kata Klopp kepada media United Kingdom, kelmarin.

Liverpool menjuarai Liga Juara-juara musim lalu, namun ketinggala­n satu mata di belakang Manchester City (98 mata) dalam perebutan gelaran EPL.

Klopp juga yakin pasukan gergasi EPL wajar mengelak daripada merombak pasukan secara drastik setiap musim, sambil merujuk beberapa kelab besar yang melakukann­ya dahulu.

“Pasukan besar yang lalu, saya tak anggap Liverpool pasukan besar ketika ini, perlu menunggu beberapa tahun dan mereka tidak perlu lakukan perubahan.

“Saya tidak membanding­kan pasukan kami dengan Barcelona sama ada lima, enam atau tujuh tahun lalu, tetapi pemain mereka kekal lama di sana. Pemain baharu datang kemudian bergelut, pemain yang sama kini muncul beraksi semula.

“United memiliki kelompok pemain Kelas ‘92. Berapa lama mereka kekal bersama? Mereka hanya menukar beberapa pemain selepas (Eric) Cantona semakin tua dan membawa masuk Van the Man (Ruud van Nistelrooy). Kamu tak perlu tukar semuanya.

“Kami pasukan yang bagus dapat kekal bersama dalam berdepan liga paling sukar dengan banyak pertanding­an dan bekerja keras memastikan kami tidak tercicir.

“Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi, tetapi keputusan Ahad (kalah di tangan Manchester City dalam Perisai Komuniti) membuktika­n kami mampu dan selebihnya bergantung kepada apa yang kami usahakan nanti.” kata Klopp.

Pasukan besar lazimnya mengekalka­n pemainnya dalam tempoh yang lama.

Jurgen Klopp, Pengurus Liverpool

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia