Berita Harian

Makanan, teman wanita jadi punca

Pemain muda ‘layu sebelum mekar’

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Anasir luar jadi ujian sebenar buat pemain muda negara dan hanya kecekalan tinggi mengekalka­n disiplin akan memastikan ‚ubi muda‘ negara ini terus berkembang lebih baik apabila meningkat dewasa.

Berbanding apa yang dilalui pemain terdahulu, ketika ini banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi termasuk daripada segi permainan video, pemakanan dan teman wanita.

Bagi jurulatih berpengala­man, Azraai Khor Abdullah, segala-galanya bergantung kepada pemain itu sendiri dan paling penting mereka tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang diraih ketika ini.

“Zaman sekarang nyata berbeza dengan apa yang pernah saya lalui. Memang kita ada bakat yang baik tetapi makin meningkat usia mereka, makin banyak cabaran yang perlu dihadapi.

“Contohnya, mereka mula kenal ‘game’, tidak jaga makan, tidak cukup rehat dan mula ada teman wanita. Apabila adanya semua itu, sudah pasti fokus mereka terhadap bola sepak juga akan terjejas.

“Pemain profesiona­l di luar juga lalui perkara sama tetapi mereka kekalkan disiplin menjaga diri. Jadi pemain kita juga kena kekalkan disiplin dan jangan cepat puas hati sebaliknya cabar diri untuk jadi lebih baik,” katanya ketika dihubungi semalam.

BH Sukan semalam melaporkan bakat muda negara ‘mati awal’ selepas memasuki alam sebagai pemain senior dan situasi itu sering menghantui arena bola sepak negara.

Untuk itu, Azraai mahu menjadikan kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar sebagai contoh terbaik yang harus diikuti pemain muda sekarang.

Beliau yang kini mengendali­kan skuad Piala Presiden Kedah berkata Baddrol berhak berada di kedudukann­ya sekarang kerana komitmen yang ditunjukka­n terhadap penjagaan diri.

“Bukan semua yang tidak menjadi. Misalnya Baddrol yang masih kekal dengan prestasi baik sehingga sekarang. Kita boleh lihat kepada kejayaan yang diraihnya ketika ini. Bukan bermakna dia tidak ada cabaran tetapi dia mampu mengawal diri untuk memastikan dirinya kekal berada pada tahap terbaik,” katanya.

Zaman sekarang nyata berbeza dengan apa yang pernah saya lalui. Memang kita ada bakat yang baik tetapi makin meningkat usia mereka, makin banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Azraai Khor Abdullah, Jurulatih berpengala­man

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia