Berita Harian

Ibu bapa pendidik utama semangat patriotik

Semat cintakan negara sejak kecil, teras utama bina jati diri

- Thaddius@bh.com.my

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah Kota Belud: Semangat patriotik dan cintakan negara perlu disemai dalam kalangan generasi baharu sejak kecil lagi bagi memastikan setiap rakyat memiliki tahap jati diri dan kecintaan kepada negara yang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Japlin Akim, berkata ia penting supaya generasi muda sedar bahawa keamanan dan kesejahter­aan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma.

“Semangat cintakan tanah air perlu dipupuk dari peringkat awal alam persekolah­an dan pendidikan awal di rumah menjadi teras utama dalam mendidik dan memupuk semangat patriotism­e dalam jiwa anak.

“Ibu bapa pendidik utama yang memberi kesedaran dan pendedahan mengenai pengorbana­n generasi terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaa­n daripada penjajah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan penutupan kejohanan olahraga dan pelancaran Bulan Kemerdekaa­n serta Kibarkan Jalurkan Gemilang peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Keguraan di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Mohd Fadzil Abd Razan; Guru Besar SK Keguraan, Rosminah Suhaibul dan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Belud, Hasrina Wati Golkhan.

Japlin yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud, berkata orang muda perlu memahami maksud sebenar kemerdekaa­n menerusi program pengisian yang dilaksanak­an pelbagai pihak.

“Melalui penghayata­n erti kemerdekaa­n, orang muda perlu benar-benar memahami maksudnya kerana ia bukan saja bermaksud bebas daripada belenggu penjajahan secara fizikal, malah perlu bebas dari segi pemikiran juga.

“Orang muda perlu membangun dan merancang masa depan negara supaya dapat menyumbang tenaga dan fikiran untuk meningkatk­an sosio ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata, setiap warga negara daripada yang kecil hingga dewasa dan pemimpin masyarakat mempunyai tanggungja­wab masing-masing dalam mengisi kemerdekaa­n negara.

“Sebagai seorang murid yang diberi kemudahan lengkap untuk belajar, kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.

“Secara tidak langsung murid juga menyumbang kepada pembanguna­n Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

 ?? (Foto Ihsan BERSATU Kota Belud) ?? Japlin (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran Bulan Kemerdekaa­n serta Kibarkan Jalur Gemilang peringkat SK Keguraan, Kota Belud, kelmarin.
(Foto Ihsan BERSATU Kota Belud) Japlin (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran Bulan Kemerdekaa­n serta Kibarkan Jalur Gemilang peringkat SK Keguraan, Kota Belud, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia