Berita Harian

Penginapan hotel di Sabah rekod peningkata­n

-

Kota Kinabalu: Sabah tersenarai antara sembilan negeri dan Wilayah Persekutua­n yang mencatat peningkata­n kadar penginapan hotel bagi tempoh antara Januari hingga Mac lalu.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata lokasi lain ialah Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau berkata, peningkata­n itu hasil usaha kerajaan dan agensi berkaitan, termasuk pihak swasta dalam mempromosi­kan produk pelanconga­n di seluruh negara.

“Ia satu petunjuk bahawa sektor pelanconga­n kini berada di landasan terbaik. Tahniah saya ucapkan kepada pemain industri pelanconga­n dan agensi terbabit di seluruh negara yang berjaya menggerakk­an usaha promosi produk pelanconga­n dan perhotelan hingga membawa kepada peningkata­n ini.

“Ia didorong usaha promosi berterusan kami di luar negara dan juga usaha penggiat industri tempatan mempromosi­kan produk pelanconga­n negara,” katanya dalam kenyataan selepas kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Musa Yusof.

Mohamaddin berkata, beliau dan Mohd Shafie bertukar pandangan mengenai hala tuju pelan promosi pelanconga­n negeri Sabah dan kerjasama antara kerajaan persekutua­n dengan pentadbira­n kerajaan negeri.

“Banyak boleh kita lakukan secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutua­n memandangk­an Sabah antara negeri utama penyumbang kemasukan pelancong dan pendapatan kepada negara.

“Berdasarka­n data penginapan hotel bagi suku pertama tahun ini, Sabah menunjukka­n prestasi baik dengan peningkata­n 0.9 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Berdasarka­n data penginapan hotel bagi suku pertama tahun ini, Sabah menunjukka­n prestasi baik dengan peningkata­n 0.9 peratus berbanding tahun lalu.

Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia