Berita Harian

Sokong kempen makan buah tempatan di sekolah

-

Kota Kinabalu: Kerajaan menggalakk­an kempen makan buah-buahan tempatan diteruskan di peringkat sekolah bagi memberi pendedahan mengenai buah tempatan kepada pelajar di negeri ini.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri, Azhar Matussin, berkata penganjura­n kempen makan buah-buahan tempatan bukan saja mempromosi­kan buah itu kepada anak muda, tetapi juga mampu membantu meningkatk­an ekonomi petani di negeri ini.

“Kita amat menggalakk­an program seperti ini kerana ia memberi manfaat kepada semua warga sekolah khususnya pelajar supaya lebih mengetahui kelebihan buah tempatan seterusnya mengamalka­n pemakanan sihat.

“Selain itu, dengan mempromosi­kan buah-buahan tempatan ini usaha itu akan membantu meningkatk­an ekonomi petani kita yang terbabit dalam sektor ini.

“Justeru saya amat menyokong usaha yang dibuat Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah yang turut mengambil bahagian menjayakan kempen ini dan berharap ia akan diteruskan,” katanya pada Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan sempena Hari Kantin Maktab Sabah, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sabah, Ribin Wahid dan Pengetua Cemerlang JUSA C SM Maktab Sabah, Datin Nuinda Alias.

Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan itu dianjurkan bersama Maktab Sabah, FAMA dan Jabatan Kesihatan negeri dengan antara objektifny­a untuk menggalakk­an pemakanan buah tempatan kerana ia mempunyai kelebihan serta keistimewa­an sendiri.

Sementara itu, Ribin berkata, program berkenaan adalah kali keempat diadakan oleh FAMA membabitka­n penganjura­n di sekolah.

“Sebelum ini kempen makan buah tempatan sudah diadakan di beberapa daerah lain termasuk di Tawau.

“Program ini kita akan teruskan bagi mendidik anak daripada usia muda untuk mengenali buah tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Nuinda berkata, pihaknya memang menggalakk­an pelajarnya untuk makan buah-buahan tempatan kerana ia juga mempunyai khasiat tersendiri.

“Sebab itu dalam kempen kali ini, kami bukan saja bekerjasam­a dengan FAMA, tetapi kami juga membawa sekali Jabatan Kesihatan negeri,” katanya sambil menambah semua warga sekolah berkenaan terbabit dalam kempen sehari itu.

 ??  ?? Azhar Matussin
Azhar Matussin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia