Berita Harian

PKS kena sokong aspirasi kerajaan

Pacu kemajuan negeri menerusi ekonomi digital

- Oleh Melvin Joni bhnews@bh.com.my

Kuching: Setiap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini harus menyokong dasar dan aspirasi kerajaan Sarawak ke arah pendigital­an.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata sokongan PKS itu amat penting dalam menentukan pertumbuha­n dan kemajuan negeri menerusi ekonomi digital.

“Untuk berdaya saing dan maju dalam ekonomi digital, PKS adalah digalakkan untuk menaik taraf cara mereka menjalanka­n perniagaan.

“Mereka harus mengguna pakai teknologi baharu dalam setiap aspek perniagaan sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah Industri 4.0,” katanya pada majlis pelancaran Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2019 di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais, pada majlis yang diadakan di Kuching Creative Heritage Hub, Bangunan Yayasan Sarawak itu.

Hadir sama Presiden SBF merangkap pengerusi CMIEA 2019, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Sabariah Putit.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan, turut menggalakk­an PKS menyertai CMIEA 2019 yang kini dibuka untuk pencalonan sehingga 17 September ini.

Katanya, sekurang-kurangnya 20 syarikat disasarkan dalam pengiktira­fan korporat itu, yang dianjurkan Sarawak Business Federation (SBF) dan disokong kerajaan Sarawak.

“Memandangk­an PKS adalah 98.5 peratus daripada perniagaan di Malaysia termasuk juga Sarawak, saya berharap lebih banyak PKS menyertai CMIEA 2019,” katanya.

Menurut beliau, CMIEA adalah untuk menggalakk­an industri dan perniagaan di negeri ini untuk maju menerusi amalan perniagaan terbaik serta menjadi inspirasi kepada yang lain.

Kemuncak CMIEA adalah Majlis Makan Malam Gala CMIEA pada 25 Oktober 2019 di Hotel Imperial Kuching, yang dijangka disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pemenang akan menerima piala dan sijil, layak menggunaka­n logo CMIEA untuk tujuan publisiti selama tiga tahun daripada tarikh menerima anugerah, maklumat syarikat disiarkan dalam buku pemenang CMIEA dan mewakili Sarawak dalam Anugerah Kecemerlan­gan Industri (AKI) 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia