Berita Harian

Keluarga 2 tentera hilang harap keajaiban

-

Kuching: Keluarga dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai lalu, pasrah dengan apa yang terjadi tetapi masih berharap berharap keajaiban berlaku walaupun ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu.

Bagi keluarga Koperal David Edmund Rapi, 39, mereka terima dengan berat hati apabila dimaklumka­n usaha pencarian sejak tiga minggu kehilangan anggota berkenaan tidak menunjukka­n perkembang­an positif.

Bapa David, Edmund Rapi Edal berkata, beliau difahamkan operasi sudah dilaksanak­an di sekeliling pulau itu termasuk meliputi kawasan perairan yang puluhan kilometer luasnya.

“Siapa yang tidak mahu dia ditemui selamat, tetapi dengan perkembang­an terbaru selepas operasi SAR ditamatkan, saya bersedia menerima apa sahaja apa yang berlaku,” kata pesara polis itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.

Sebelum itu, Edmund bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Maurice Giri, yang menghulurk­an sumbangan daripada Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kepada keluarga dua anggota tentera itu.

Edmund berkata, beliau bersama anaknya, Morni, kini bersedia berangkat ke Semenanjun­g untuk mengambil barangan peribadi milik David di kem tempatnya bertugas di Perlis.

“Kini kami hanya menunggu apa perkembang­an selanjutny­a. Jika tiada harapan untuk mereka ditemui selamat, kami akan mengambil barangan miliknya di sana,” katanya.

Sementara itu, keluarga Lans Koperal Moses Logers, 25, pula mahukan usaha mencari dua anggota tentera terbabit diteruskan.

Malah, mereka yakin David dan Moses masih selamat dan mencadangk­an pencarian dilakukan dengan kaedah alternatif.

“Kami merancang untuk mendapatka­n khidmat bomoh bagi mengesan mereka. Saya secara peribadi merasakan, adik saya selamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia