Berita Harian

Umat Islam Wukuf di Arafah

200 jemaah terdiri daripada keluarga mangsa pembunuhan di New Zealand

-

Arafah: Kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, berwukuf di padang Arafah, semalam.

Wukuf bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan) iaitu sekitar jam 5.30 petang (waktu Malaysia) dan sepanjang tempoh itu jemaah perlu berada di Arafah sehingga matahari terbenam pada 9 Zulhijah (petang semalam).

Semua jemaah bergerak ke Arafah, selepas menunaikan ibadat dengan menaiki bas atau berjalan kaki sebelum waktu Subuh.

Ada dalam kalangan jemaah yang membawa makanan, alas tempat duduk dan kipas untuk mengurangk­an bahang panas ketika suhu mula meningkat sehingga 40 darjah Celsius.

Jemaah Yaman, Zaid Abdullah, 30, yang bekerja di sebuah pasar raya di Arab Saudi, berkata beliau mendoakan kesejahter­aan negaranya yang terbabit dengan perang sehingga menyebabka­n puluhan ribu rakyat meninggal dunia dan mencetus krisis kemanusiaa­n terburuk di negara itu.

“Dalam cuaca panas ini, kami berdoa dan memohon agar Allah mengurangk­an kepanasan di akhirat nanti,” katanya sambil menghampir­i Bukit Arafah yang turut dikenali sebagai Jabal Rahmah.

Seorang pemandu teksi, Khaled Maatouq, berkata beliau berdoa agar peperangan di negara asalnya Libya, berakhir.

“Saya memohon kepada Allah agar menyatukan kami semua,” katanya.

Jemaah Mesir, Ramadan al-jeedi pula menzahirka­n rasa syukur kerana mampu menemani ibunya selepas kematian bapanya tahun lalu.

“Satu perasaan yang sangat menarik apabila kita dipilih Allah untuk berada di sini,” katanya.

Antara jutaan jemaah yang menunaikan ibadat haji tahun ini, 200 daripada mereka adalah keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid, di New Zealand, pada Mac lalu.

Selepas selesai berwukuf di Arafah, mereka akan bergerak ke Muzdalifah untuk mengutip batu bagi melaksanak­an ibadat melontar di Jamrah, hari ini ketika Aidiladha atau Hari Raya Korban sebagai tanda pengorbana­n seorang hamba. REUTERS

 ??  ??
 ?? [Foto REUTERS] ?? Jemaah haji membanjiri luar Masjid Namira di padang Arafah, semalam.
[Foto REUTERS] Jemaah haji membanjiri luar Masjid Namira di padang Arafah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia