Berita Harian

Lali gosip cinta

Keluarga makin faham kesibukan Mira, terpaksa ‘book’ awal untuk bercuti bersama

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my Foto Aziah Azmee Layout Ken Kamaruddin

Sememangny­a, 2019 boleh dianggap tahun cemerlang buat Mira Filzah apabila satu persatu produk lakonannya menghiasi layar. Selain itu, kontrak bersama jenama terkenal juga kian tebal dalam genggaman. Darjah momentum kerjaya pelakon dan hos popular ini terus meningkat hingga dirinya laris disambar produksi serta syarikat terkemuka. Memahami ada harga perlu dibayar demi tuntutan kerjaya, batasan masa membuatkan pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezama­n, 26, rela mengorbank­an waktu peribadiny­a. “Apabila memilih menjadi anak seni, saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bekerja keras. Saya cukup sedar, inilah bidang pilihan saya. “Justeru, saya meletakkan sasaran dalam kerjaya ini. Keluarga, terutama mak, pun memberikan galakan saya bekerja terlebih dahulu daripada memikirkan perkara sampingan. Apatah lagi usia masih muda. “Mak adalah wanita yang mementingk­an keluarga. Suatu ketika dahulu, tidak kira cuti sempena festival apa pun, kami akan balik ke kampung di Perak beramai-ramai. “Sekarang mak semakin faham. Aidilfitri tahun ini, umpamanya, saya tak dapat meluangkan masa lama disebabkan perlu terbang ke Jepun atas urusan kerja. Tetapi, dia tidak merungut pun. Jadi soal kepentinga­n diri sama termasuk isu perasaan saya tolak ke tepi sahaja,” katanya kepada B*POP. Kata Mira, dia pula lebih selesa mengikut sahaja laluan di hadapannya. “Jika ada yang datang, adalah. Kalau tidak, saya lebih selesa bekerja,” katanya penuh makna.

Sekadar khabar angin

Pernah dikaitkan mempunyai hubungan intim bersama beberapa anak seni, termasuk yang terbaru dengan gandingann­ya dalam filem Sangkar, Remy Ishak, si manis ini berkata, ia bukan perkara serius yang boleh membebani fikiran. Kongsinya, Sangkar adalah kerjasama pertamanya dengan aktor itu sebelum sama-sama membintang­i dua lagi drama bersiri hingga mereka dikatakan serasi bersama. Begitupun, kata Mira lagi, ia bukan kali pertama dirinya dikaitkan dengan teman seperjuang­an lain. Justeru, dia bagai lali apabila dihujani gosip cinta sebegitu. Ditanya reaksi si ibu apabila anak daranya dihambat usikan terbaru, dia sekadar tersenyum sebelum menyambung bicara. “Setakat ini, mak tidak pula mendesak atau bertanya dengan lebih terperinci kerana dia pun tahu, semua itu cuma khabar angin. “Kalau bercakap pun cuma sembang kosong. Saya percaya, mak tahu setiap cerita yang timbul, tetapi dia tidaklah sampai bertanya pada saya. “Kalau dia tidak membuka mulut, bermakna dia sudah dapatkan pengesahan daripada adik atau pun pengurus saya,” katanya yang turut dikaitkan dengan Zizan Razak, sebelum ini.

Serius dalam seni

Mengakui latar belakang keluarga jauh menyimpang daripada landasan pilihannya, akui Mira, pada awal pembabitan­nya dalam seni, mereka memang bertegas. Lama kelamaan, katanya, mereka semakin faham dan lebih terbuka, tetapi pada masa sama tetap memerhatik­an langkahnya supaya tidak tersasar. “Keluarga saya bukan orang industri (hiburan). Macam orang lain, masing-masing belajar dan berkerjaya seperti jurutera dan sebagainya. “Tentu agak sukar mengadapta­si suasana baharu selepas saya menceburi arena seni. Apa pun, lama kelamaan sedikit demi sedikit mereka memberikan kepercayaa­n

Ini bukan gelanggang untuk bermain-main. Begitupun, pada usia yang kian meningkat, kita sendiri semakin bijak mengawal rentak

apabila melihatkan kesungguha­n saya. “Apabila lebih banyak kepercayaa­n diberikan, saya juga kena berpegang teguh pada matlamat utama sebagai pelakon, iaitu serius dalam arena yang saya pilih. “Ini bukan gelanggang untuk bermain-main. Begitupun, pada usia yang kian meningkat, kita sendiri semakin bijak mengawal rentak,” ulasnya sambil tersenyum. Sibuk terbang ke luar negara Enggan terus perbualan berkisar soal hati, dedah Mira, jadual kerjanya bertambah padat bermula akhir Ogos ini dengan kebanyakan waktu memerlukan­nya terbang ke luar negara. Namun, janji kepada ibu yang sudah ‘mengikatny­a’ sejak awal tahun lagi menyebabka­n Mira sanggup mengosongk­an tarikh dipinta insan tercinta. “Selepas ini, saya banyak ‘terbang’. Akhir bulan ini saya bercuti selama dua minggu ke New York bersama keluarga untuk melawat kakak. Inilah masanya saya mahu meluangkan masa sepenuhnya bersama mereka, selepas berbulan-bulan bekerja. “Mak terlalu rindukan satu-satunya cucu, iaitu anak kakak, yang baru berumur empat tahun. Sebelum ini, kakak bertugas di Kuala Lumpur, namun Februari lalu dia dipindahka­n ke kota berkenaan. “Sepatutnya kami melawatnya selepas setahun di sana, namun mak tak tahan menanggung rindu. Saya pun selalu teringat keletah anak saudara saya itu,” katanya yang pernah ke destinasi sama, dua tahun lalu.

‘Ditempah’ sejak awal

Tambah Mira lagi, untuk percutian kali ini, sejak awal lagi ibunya terpaksa meminta pengurusny­a mengosongk­an jadual kerja dirinya. “Lucu dan kasihan kepada mak bercampur baur. Bagi percutian ke New York ini, segala urusan tempahan tiket semua dilakukan olehnya. “Kata pengurus saya, mak ‘booked’ saya sejak beberapa bulan lalu sebab dia bimbang saya tak dapat menemaniny­a. Sebelum ini pun, mak kunci tarikh majlis perkahwina­n sepupu saya di Ipoh supaya saya dapat sama-sama meraikan pasangan pengantin. “Ikutkan, siapa mahu terlepas untuk menjadi sebahagian daripada sejarah manis keluarga? Cuma, apakan daya, kebiasaann­ya komitmen tugasan sudah dipersetuj­ui beberapa bulan lebih awal,” ujar anak kedua daripada tiga bersaudara itu.

Pengarah idaman

Sekembali dari Amerika Syarikat (AS), bintang Pujaan Hati Kanda itu diundang pula memenuhi undangan satu jenama persalinan di London, sekitar September depan. Malah jika tiada aral, dia dijadualka­n menyertai penggambar­an di Kashmir, India, sebelum membintang­i drama arahan seorang lagi pengarah yang menjadi idamannya, Shahruleza­d Mohameddin. Drama berkenaan adalah untuk slot Akasia, TV3. “Selain Kabir Bhatia selaku pengarah filem aksi Sangkar, Shahruleza­d juga antara sutradara yang saya harapkan sangat dapat berlakon di bawahnya. “Sebelum ini, Radius One pernah dua kali mengajukan tawaran drama kepada saya, tetapi jadual pula bertembung dengan penggambar­an filem. “Apabila kali ini tarikh yang dipinta kosong, saya umpama orang mengantuk disorongka­n bantal. Bekerja dengan kedua-dua sutradara, Kabir dan Shahruleza­d memang sesuatu yang saya nantikan. “Sebenarnya, saya sedia memikul apa juga cabaran, sama ada dalam drama mahu pun filem, asalkan meninggalk­an impak kepada penonton,” tambahnya yang menyimpan impian untuk ke pentas teater.

 ??  ?? Dapatkan di dalam!
Dapatkan di dalam!
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia