Berita Harian

Cuaca pagi Aidiladha diramal baik

-

Putrajaya: Cuaca sempena sambutan Aidiladha hari ini, diramal baik pada sebelah pagi hampir semua kawasan di seluruh negara.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorolog­i Malaysia dalam kenyataann­ya, memaklumka­n hanya satu dua tempat di kawasan pantai negeri pantai barat Semenanjun­g, diramalkan mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah pagi.

Menurut kenyataan itu, pada sebelah petang hujan dan ribut petir diramal berlaku pada satu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah (bahagian pedalaman dan Sandakan.

“Tempat-tempat lain dijangka mengalami cuaca baik,” katanya.

Pada sebelah malam, hanya satu dua tempat di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang diramalkan hujan dan tempat-tempat lain diramal mengalami cuaca baik.

Pengarah Metmalaysi­a Kelantan, Rabiah Zakaria, berkata ribut petir yang diramal di Kelantan dijangka dialami di Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Beliau berkata, keadaan itu dialami berikutan ketika ini angin Monsun Barat Daya, adalah perkara biasa waktu petang akan dilanda ribut petir pada satu dua tempat di Kelantan.

“Bagaimanap­un, masyarakat tidak perlu khuatir kerana keadaan ribut petir yang diramal melanda negeri ini petang esok tidak seperti berlaku di Utara Semenanjun­g sejak malam kelmarin.

“Ribut petir yang diramalkan ini tiada kaitan dengan kesan tiupan angin susulan taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia