Berita Harian

Ketepi kepentinga­n diri demi kebaikan rakyat: TPM

Rakyat diajak pupuk semangat cintakan negara, elak perpecahan

- Suhaila.shahrul@nstp.com.my

Oleh Suhaila Shahrul Annuar Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam, mengajak rakyat mengetepik­an segala kepentinga­n diri demi kebaikan masyarakat, seterusnya memupuk semangat cintakan negara untuk mencapai keharmonia­n.

Menerusi perutusan sempena Aidiladha dari Makkah, beliau berkata, ibadat korban bukan saja dapat memperting­katkan ketakwaan kepada Allah, tetapi juga Islam menyeru umatnya sentiasa bersatu padu dan mengelakka­n daripada perpecahan.

Katanya, langkah itu perlu agar nasib umat Islam di negara ini sentiasa terbela dan martabat agama Islam itu sendiri akan terus terpelihar­a.

“Justeru itu, bersempena Aidiladha pada kali ini, marilah kita bersama berganding bahu dan berpimpin tangan demi mengeratka­n perpaduan berbilang bangsa, seterusnya menterjema­h budaya toleransi dalam konteks bermasyara­kat.

“Sesungguhn­ya dalam memaknai perjuangan dan pengorbana­n itu tidaklah semudah ungkapan tetapi juga memerlukan keazaman yang tinggi dan kecekalan untuk menterjema­hkannya dalam bentuk pelaksanaa­n,” katanya yang kini bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang mengerjaka­n ibadat haji.

Dalam kenyataann­ya, Wan Azizah mengajak umat Islam menginsafi makna pengorbana­n dalam menjalanka­n perintah Allah seperti kisah kesediaan Nabi Ibrahim menyembeli­h putera kesayangan­nya, Nabi Ismail.

“Namun, atas berkat kesabarann­ya mentaati perintah Allah, akhirnya Allah menggantik­an anaknya dengan seekor kibas.

“Peristiwa yang turut dicatat dalam Al-quran (Surah As-saffat ayat 101 hingga 111) itu adalah manifestas­i lambang ketundukan, ketaatan dan kepatuhan yang cukup tinggi seorang hamba dalam menjunjung titah perintah Penciptany­a iaitu Allah SWT,” katanya.

Anwar dalam perutusann­ya pula, mengajak umat Islam menghayati mesej yang jelas dari peristiwa dan ibadah korban iaitu mengenai kesabaran, ketaatan, keikhlasan dan kecintaan kepada Tuhan Maha Esa yang mesti digarap sebaiknya oleh umat dalam menggapai keberkatan-nya.

“Dalam kesempatan yang sama juga dapat kita sesama umat Islam mempertegu­hkan persaudara­an dan memperkema­s tali silaturrah­im sesama insan.

“Oleh yang demikian, mesej al-quran yang menerapkan kebersamaa­n juga, wajar dilihat dengan kanta yang majmuk dan berbilang seperti Malaysia sebagai usaha memupuk perpaduan antara kaum dan agama.

“Usah pula kita diperkakas mereka yang mengajak kepada kacau bilau dan ketaasuban, lantas kelak akan mengesani kerukunan yang sekian lama terbina antara kita,” katanya.

Saya serta isteri mengucap Selamat Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Saya berharap kita semua gembira dengan perayaan ini dan kita lakukan apa yang dikehendak­i oleh agama kita.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Bersempena Aidiladha pada kali ini, marilah kita bersama berganding bahu dan berpimpin tangan demi mengeratka­n perpaduan berbilang bangsa, seterusnya menterjema­h budaya toleransi dalam konteks bermasyara­kat.

Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [Foto Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad] ??
[Foto Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia