Berita Harian

Kemudahan khemah bertambah baik: Fuziah

-

Makkah: Kemudahan khemah untuk jemaah haji Malaysia berwukuf di Arafah tahun ini, disifatkan lebih baik, berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata maklum balas yang diterima hasil tinjauanny­a mendapati tahap keselesaan jemaah haji Malaysia semakin baik, justeru, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang menyediaka­n kemudahan itu terutama Lembaga Tabung Haji (TH).

“Tabung Haji (TH) buat yang terbaik untuk mereka (jemaah haji) dalam kapasiti ruang yang ada (di Arafah) dan rais (pengurusan) maktab memberi kerjasama yang amat baik.

“Kita lihat juga penyaman udara banyak disediakan untuk jemaah haji, selain pokok-pokok yang sudah besar dan rendang membolehka­n jemaah haji keluar berehat serta beribadat di luar khemah,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, semalam.

Terdahulu beliau meninjau jemaah haji Malaysia dan fasiliti disediakan di Arafah. Yang turut hadir Pengerusi TH, Tan Sri Md Nor Yusof dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Musim haji tahun ini menyaksika­n 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjaka­n rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji.

Wukuf di Arafah dijadual bermula selepas gelincir matahari waktu Zuhur jam 12.26 tengah hari semalam waktu tempatan bersamaan 5.26 petang waktu Malaysia.

Fuziah berkata, jemaah haji Malaysia dilihatnya cukup bersedia untuk berwukuf dan beliau memohon semua rakyat Malaysia mendoakan jemaah haji Malaysia memperoleh haji yang mabrur.

Beliau berkata, seramai 80 jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH Syisyiah di sini turut dibawa ke Arafah untuk berwukuf melalui program ‘Safari Wukuf ’.

Katanya, jumlah itu membabitka­n 43 jemaah lelaki dan 37 wanita yang dibawa menggunaka­n ambulans serta bas perubatan untuk berwukuf.

Sementara itu, TH menegaskan, ia tidak meraih sebarang keuntungan kewangan daripada pakej haji ditawarkan agensi pelanconga­n yang diluluskan lesen sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Pengarah Operasi (PJH) TH, Mat Admara Alang Azizdin, berkata TH hanya mengenakan bayaran servis RM500 bagi setiap jemaah dibawa agensi pelanconga­n itu untuk menikmati pelbagai perkhidmat­an disediakan TH di Tanah Suci, antaranya perkhidmat­an kesihatan dan kemudahan pengeluara­n kewangan.

“Pakej ditawarkan bergantung kepada syarikat (agensi pelanconga­n) pada masa ini, di antara RM24,590 hingga RM180,000 untuk seorang jemaah, tetapi saya tegaskan di sini, Tabung Haji tidak ambil peratus untung, hanya bayaran perkhidmat­an RM500 itu sahaja.

“Sehingga kini, ada 22 syarikat diberi lesen PJH yang masih sah dan seramai 6,140 jemaah memilih mengerjaka­n haji menggunaka­n pakej ditawarkan syarikat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di Abraj Janadriyah di sini, semalam.

Mat Admara berkata, hanya jemaah yang ditawarkan mengerjaka­n haji oleh TH pada tahun itu, boleh memilih mengerjaka­n haji dengan pakej ditawarkan agensi pelanconga­n memiliki lesen PJH.

Beliau berkata, TH tidak menanggung subsidi jemaah haji yang menggunaka­n pakej agensi pelanconga­n memiliki lesen PJH itu yang membolehka­n ia menjimatka­n kira-kira RM80 juta tahun lalu melalui subsidi mengerjaka­n haji.

“Tiada had maksimum jumlah jemaah boleh dibawa syarikat PJH, tetapi jumlah minimum mesti 50 jemaah. Jika gagal mendapatka­n jumlah minimum atau tidak membawa jemaah untuk dua tahun berturut-turut, syarikat itu kena mohon lesen PJH baharu,” katanya. BERNAMA

 ??  ?? Pokok rendang membolehka­n jemaah berehat dan beribadat di luar khemah.
Pokok rendang membolehka­n jemaah berehat dan beribadat di luar khemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia